Jangan sombong untuk berdoa

  1. Dalam al-Quran, Allah menggalakkan kita berdoa dan kemudian (dalam ayat yang sama) Allah menyebutkan tentang sifat sombong, seakan-akan kedua perkara ini mempunyai perkaitan. Firman Allah:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir: 60)

  1. Perhatikan bagaimana seteleh memerintahkan manusia berdoa, Allah menyebutkan tentang perihal hamba-hamba yang sombong. Ayat ini seolah-olah memberikan satu indikator, bahawa mereka yang enggan tunduk dan patuh kepada Allah dan tidak berdoa kepadanya adalah golongan yang sombong.
  2. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Syaukani menjelaskan:

فأفاد ذلك أن الدعاء عبادة، وأن ترك دعاء الرب سبحانه استكبار

“Ayat ini menunjukkan bahawa doa itu adalah ibadah, dan meninggalkan doa kepada Allah SWT adalah satu kesombongan.” (Tuhfah al-Zakirin: 28)

  1. Oleh yang demikian, perbanyakkan berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan, samada susah mahupun senang. Ia adalah medium komunikasi yang ampuh, di antara hamba dan Tuhannya, yang menggambarkan kekuatan hubungan dan pengabdian kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts