Jemaah haji tertua usia 90, menabung sejak remaja

Seorang warga emas berusia 90 tahun berjaya menjejakkan kaki di Tanah Suci untuk menunaikan haji sekali gus menjadi jemaah tertua dari Malaysia tahun ini berkat menabung sejak umur 15 tahun.

Zakaria Hamat, 90, dari Kampung Bilok, Banggu, Kota Bharu, Kelantan tetap bersyukur apabila dijemput menjadi ‘duyufurrahman’ (tetamu Allah) dalam usia senja walaupun terpaksa mengambil masa 75 tahun.

Zakaria yang ditemani cucu sulung Mohd Syafiq Mohd Sekari, 37, berkata kepayahan hidup dengan pendapatan tidak seberapa dan hanya bergantung kepada upah membanting padi menyebabkan beliau mengambil masa yang lama menabung sehingga simpanan cukup untuk menunaikan haji.

Hasil usaha dan pertolongan daripada ahli keluarga yang lain akhirnya beliau berjaya mencukupkan wang bagi membolehkan mereka bersama-sama menunaikan ibadah itu.

Sumber : BERNAMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts