RIYADH – Arab Saudi memaklumkan tempoh visa umrah untuk jemaah asing adalah 90 hari, bermula daripada tarikh mereka masuk ke negara itu.
Bagaimanapun, bagi memberi laluan kepada pengurusan dan kelancaran ibadah haji bagi tahun ini, jemaah perlu meninggalkan negara itu pada tarikh akhir 29 Zulkaedah 1445H.
Kementerian Haji dan Umrah dalam kenyataan berkata, tempoh itu adalah untuk memberi laluan kepada pengurusan dan kelancaran jemaah haji seluruh dunia ke Makkah dan Madinah bagi tahun ini.
Sebelum ini, terdapat laporan awal bahawa tarikh akhir pemegang visa umrah memasuki Arab Saudi adalah 15 Zulkaedah dan sah selama tiga bulan dari tarikh dikeluarkan.
Kementerian menegaskan, tiada lanjutan visa umrah selepas tamat tempoh 90 hari, termasuk penukaran kepada visa lain.
Katanya, permohonan visa umrah boleh dimohon melalui platform elektronik yang diluluskan bagi perkhidmatan umrah untuk individu di https://nusuk. sa/ar/rakan kongsi.- Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM