AMMAN – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan pada Isnin membantah keputusan Kosovo dan Serbia untuk memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, menyifatkan ia sebagai “pelanggaran yang jelas” terhadap undang-undang antarabangsa.
Jurucakap Kementerian Daifallah Fayez berkata keputusan itu jelas mencabuli resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Beliau berkata resolusi itu jelas menyatakan Baitulmaqdis Timur adalah wilayah yang diduduki menyaksikan undang-undang antarabangsa diguna pakai.
Pada masa sama Fayez memuji kedudukan Kesatuan Eropah (EU) yang jelas membantah memindahkan kedutaan dan misi diplomatik ke Baitulmaqdis. – Bernama
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)