Jumaat hari tulisan Jawi: Warga GOAL-ITQAN USIM sahut saranan menteri

 

TULISAN jawi dan orang Melayu tidak dapat dipisahkan. Kini tulisan jawi bukan sahaja mahir dalam kalangan kaum Melayu, malah kaum Cina dan India tidak kurang hebatnya dalam mempraktikkan dan mempelajari tulisan jawi. Meskipun tulisan jawi terus menjadi isu hebat ketika ini di negara kita, namun kita perlu tahu bahawa tulisan jawi sebenarnya antara mekanisme untuk menyatukan komuniti nasional di negara kita iaitu Melayu, Cina dan India untuk bergerak bersatu sekaligus jalinan manifestasi antara kaum akan bertambah baik kearah pembentukan negara bangsa yang gemilang.

Begitu juga bagi kami, warga Centre For Global Open Access Learning, Immersive Technology & Networks GOAL-ITQAN, Universiti Sains Islam Malaysia telah bersetuju untuk meluangkan masa selama 5 minit pada hari ini dengan mempraktikkan tulisan jawi. Ini bukan sahaja menunjukkan warga GOAL-ITQAN akan terus memartabatkan tulisan jawi malah sekaligus menyahut serta menyokong sepenuhnya saranan YB Menteri. “Pengisytiharan hari jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi kekalkan identiti dan budaya masyarakat “, ujar YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Namun sebaliknya, Jika kita lihat pada hari ini yang menjadi kegerunan dan ketakutan sesetengah pihak dengan mendakwa dan menganggap tulisan jawi sebagai satu proses islamisasi. namun jangan terlalu terburu-buru dalam menilai sesuatu. Tulisan jawi adalah sebenarnya langsung tiada kaitan dengan agama Islam malah tulisan jawi tidak menerapkan elemen-elemen dakwah, namun tulisan jawi hanyalah seni warisan negara bukannya kaitan agama sepertimana yang telah dinyatakan oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

 

 

Pencerahan perlu dijelaskan kepada mereka yang masih rabun dalam membuat penilaian terhadap tulisan jawi dengan mengaitkan pula tulisan jawi dan agama. Contoh yang mudah jika kita lihat berapa banyak kitab bible dikarang dan ditulis dalam bahasa arab serta disebarkan dalam jutaan naskah serta salinan di negara arab dan adakah ini dikatakan bahawa bahasa arab menjadi perlambangan kepada agama Kristian? Oleh itu, tidak perlulah takut dan risau dengan cadangan pihak Kerajaan, iaitu untuk memasukkan tulisan jawi dalam matapelajaran bahasa melayu tahun 4 hanyalah satu bentuk pemerkasaan dan pengkayaan semula warisan seni tulisan jawi negara dan bukanlah kerana beragendakan sesuatu yang tidak pasti.

Oleh itu, menjadi satu kewajipan kepada kita sebagai warga negara yang merdeka ini untuk kita bersama-sama menjaga dan mempraktikkan kembali seni warisan negara lebih-lebih lagi seni tulisan jawi ini supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Natijahnya, kesepaduan antara komuniti nasional akan terus utuh malah keamanan akan terus dikecapi secara bersama. Elakkanlah perkara-perkara yang berbentuk sentimen perkauman yang boleh memecahbelahkan masyarakat, jauhkanlah defisit kepercayaan antara kaum, Melayu tak percaya Cina, Cina tak percaya Melayu, India tak percaya Cina, kerana inilah nila yang akan merosakkan susu sebelanga dan merogol keamanan serta kesepaduan negara.

Ahmad Yussof Zainal Abidin
Penolong Pendaftar
Pusat Pembelajaran Akses Terbuka Global, Teknologi Imersif dan Rangkaian (GOAL-ITQAN)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts