Kaabah bukan tempat pelaris produk

  1. Terkadang kita perhatikan terdapat sebahagian manusia yang menjadikan Kaabah sebagai tempat mereka mempromosikan produk mereka. Dalam al-Quran, Allah perintahkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail agar membersihkannya dari segala unsur yang tidak layak baginya. Firman Allah:

وَعَهِدْنَآ إِلَىٰٓ إِبْرَٰهِۦمَ وَإِسْمَٰعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِىَ لِلطَّآئِفِينَ وَٱلْعَٰكِفِينَ وَٱلرُّكَّعِ ٱلسُّجُودِ

“Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): “Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud”. (Surah al-Baqarah: 125)

  1. Ketika menghuraikan mengenai ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa kesucian Kaabah dan Masjid Haram ini haruslah dipelihara dari unsur-unsur kesyirikan. Begitu juga dengan unsur-unsur keduniaan. Mereka yang hadir ke sini, datang untuk mengabdikan diri kepada Allah.
  2. Namun begitu, apa yang berlaku akhir-akhir ini agak mendukicatakan. Kedatangan ke Masjidil Haram dijadikan premis untuk mempromosikan produk dagangan mereka. Ketika menghuraikan mengenai jual beli di dalam masjid, Imam Ahmad menegaskan:

وَإِنَّمَا هَذِهِ بُيُوتُ اللَّهِ لَا يُبَاعُ فِيهَا وَلَا يُشْتَرَى

“Sesungguhnya rumah-rumah Allah itu tidak sepatutnya berlaku jual beli di dalamnya.”

  1. Malah Rasulullah pernah menegaskan mengenai unsur jual beli di dalam Masjid dengan tegahan yang keras:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ، فَقُولُوا: لَا أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ

“Sekiranya kami melihat mereka yang menjual atau diminta untuk jual di dalam masjid, maka katakanlah: Sesungguhnya Allah tidak menjadikan keuntungan buat perniagaan kamu.” (HR Abu Daud)

  1. Status masjid sebagai tempat beribadah haruslah dipelihara. Janganlah ia dijadikan tempat berjual beli, atau menjadi tempat untuk melariskan barangan yang melarikan jiwa manusia dari tujuan mereka yang datang untuk mengabdikan diri kepada Allah.

Semoga Allah membimbing kita

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts