Kalah dalam ujian

siluet-orang-laki-merenung-sore

 

Seringkali manusia kalah dalam ujian yang melanda diri. Kalah dan rebah, kerana ujian sememangnya sukar untuk diatasi. Ujian sebenarnya melatih manusia untuk lebih kuat menghadapi dugaan dalam kehidupan yang mendatang. Bentuk apa pun ujian atau masalah tersebut ia adalah adil dan sesuai dengan kesanggupan manusia untuk menanggungnya.

Ada manusia yang diuji dengan harta. Harta itu telah menghalangnya dari menjalani kewajipannya sebagai seorang Muslim kerana dia terlalu sibuk untuk menguruskan harta nya. Pagi, petang, siang dan malam dia hanya bekerja. Keletihan membelenggu dek kerana sibuk sehingga hilang didikan nilai murni kepada anak-anaknya. Anak-anak makin menjauh dan lupa akan kasih sayang yang sepatutnya diberikan kepada mereka.

Di sudut lain pula, ada yang diuji dengan rupa paras yang cantik. Bermodalkan itu dia dengan bangganya berjalan di hadapan manusia dengan bangga dan lupa diri. Persis dia yang paling cantik di alam ini. Dengan rupa itu dia memandang remeh pada yang tidak bernasib baik. Dianggap orang lain itu rendah tarafnya. Lantas dengan megah bersuara ayu menggoda lelaki-lelaki dengan lenggok tubuh dan senyuman mesra.

Manusia lain pula diuji dengan kebijaksanaan. Bijak nya dia dalam semua aspek. Dia lantang memberikan cadangan dan pandangan lalu mengganggap cadangan dia lah yang paling baik dan sempurna. Amat marah dan benci bila ada orang yang mengenepikan dan menolak cadangan nya.

Ada juga yang diuji dengan kekuasaan. Bergerak bebas walau sudah melangkau bidang kuasa nya. Bersenang lenang dalam melakukan kerja tanpa mengira amanah dan khianat. Apabila orang melakukan kesalahan, selalu sahaja mengherdik melampaui batasan kerana berfikiran dialah yang berada di atas dan orang lain di bawah.

Sesungguhnya manusia itu sering tertipu dengan hadiah berupa nikmat kerana ia tidak nampak buruk nya pada zahir. Mereka tidak sedar nikmat itu perlu lah diatur ke jalan yang seharusnya. Sesungguhnya segala kelebihan yang diberikan adalah tujuan unuk menyempurna kan dan saling melengkapi antara satu sama lain. Maka binasa lah orang yang diberikan nikmat tetapi Ingkar pada Tuhan.

Namun begitu, tidak lupa kepada mereka yang diuji ujian berupa kekurangan dalam setiap segi seperti kemiskinan. Dia meragui nikmat rezeki dari Tuhan. Dikata an Tuhan tidak kasih kerana saban hari menanggung perih mencari sesuap nasi untuk seisi keluarga. Dia penat dan letih dalam mencari rezeki.

Begitu juga yang didatangkan ujian berbentuk rupa paras yang tidak menawan. Mukanya hitam bak arang, Mukanya kasar bak kertas pasir. Lalu dia merintih kesedihan kerana mengenang hakikat diri. Tidak mampu untuk berdiri di hadapan manusia kerana malu. Orang memandang katanya mengejek.

Manusia selalu melihat kekurangan pada diri sehingga lupa untuk mensyukuri apa yang telah ada. Mereka lupa banyak perkara yang telah melengkapkan kehidupan mereka selama mereka berada di dunia ini. Tidak pernah sesekali mereka memikirkan nasib manusia lain yang lebih parah. Apa yang mereka tahu adalah meminta lebih dan lebih. Alangkah lupanya mereka.

Mereka juga sudah pasti nya tidak sedar bahawa mungkin sahaja kekurangan ini adalah anugerah. Mungkin Allah tahu jikalau dianugerahkan kepada mu kaya atau dianugerahkan pada mu rupa paras yang cantik maka kamu menjadi semakin jauh dengan Tuhan akibat terlalu asyik menikmati kekayaan dan kecantikan itu. Jadi kekurangan inilah yang sebenarnya lebih mendekatkan dan membahagia kamu dengan Tuhan.

Sebagai manusia, kita tidak pernah tahu apakah yang sudah Allah rancangkan untuk kebaikan kita bersama. Kita selalu bersangka buruk padahal sudah berapa banyak kecelakaan yang Allah selamatkan kita daripadanya. Kembalilah kepada Allah. Syukurilah apa yang sudah ada di depan mata.

 

Wan Nur Zuriati Binti Wan Jusoh
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Antropologi Dakwah, UniSZA 

Total
0
Shares
1 comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Antara dua alam

  Solat yang sempurna merupakan rahsia kebahagiaan jiwa dan kedamaian sanubari. Kebahagiaan dan kedamaian itu selanjutnya akan memberi…