Kanak-kanak Gaza terpaksa selongkar sampah setiap hari

    Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) memberi amaran mengenai bencana alam sekitar dan risiko kesihatan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    Menerusi hantaran di X, UNRWA berkata, setakat 9 Jun, lebih 330,000 tan sisa telah terkumpul di dalam atau berhampiran kawasan berpenduduk di seluruh Gaza.

    Situasi ini menimbulkan risiko bencana alam sekitar dan kesihatan. Kanak-kanak pula menyelongkar sampah setiap hari.

    “Akses kemanusiaan penting untuk memulihkan keadaan hidup yang berperikemanusiaan,” katanya.

    Serangan berterusan tentera rejim Israel di darat, laut dan udara ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kematian lebih 37,202 orang dan mencederakan 84,932 yang lain.

    Pada masa sama, ribuan mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan dan berada di atas jalan kerana pasukan penyelamat masih belum dapat sampai kepada mereka. – Agensi

    www.indahnyaislam.my

    —-—

    Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

    www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

    PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *



    Sumbangan
    Related Posts