Kastam rampas 73 pek kurma dipercayai produk Israel

Pelabuhan Klang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek buah kurma ‘Organic Jumbo Medjool Dates’ dipercayai produk dari Israel.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata, kurma seberat 14.6 kilogram bernilai RM678 itu dirampas di sebuah gudang di sekitar Klang, semalam.

Beliau berkata, serbuan jam 11.30 pagi itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah II Selangor susulan video yang tular di media sosial berkaitan sebuah premis menjual buah kurma yang disyaki produk dari Israel.

“Hasil pemeriksaan ke atas gudang berkenaan menemukan 73 pek buah kurma dilabelkan Organic Jumbo Medjool Dates yang disyaki produk dari Israel.

“Pada serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pelabuhan Utara dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, selain gudang, serbuan turut dilakukan di sebuah pejabat di Klang dan sebuah kedai yang menjual makanan organik di Petaling Jaya.

Katanya, semakan JKDM mendapati, kurma dibawa masuk dari Eropah secara pukal bersama barangan makanan lain dari Eropah pada 2022 dan diisytiharkan sebagai ‘food stuff’.

“Ia kemudian dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan pada harga RM20 hingga RM30,” katanya.

Sazali berkata, apa-apa produk dari Israel perlu mendapat permit khas daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan susulan sekiranya terdapat maklumat penjualan produk yang sama.

“Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan/memiliki barangan larangan mengikut Seksyen 135(1)(d),” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial bahawa ada peniaga menjual kurma diimport dari Israel. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts