Keadilan buat Muhammad Adib

 

1. Saidina Umar pernah menjalankan hukuman bunuh ke atas sekumpulan manusia yang di dapati bersalah kerana membunuh seorang lelaki. Peristiwa ini direkodkan oleh Said ibn Musayyib yang menyebutkan:

أن عمر بن الخطاب قتل سبعة من أهل صنعاء قتلوا رجلاً

“Sesungguhnya Umar al-Khattab pernah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap tujuh orang lelaki dari San’a (Yaman) yang telah membunuh seorang lelaki.”

2. Bahkan Umar menegaskan:

لو تمالأ عليه أهل صنعاء لقتلتهم جميعاً

“Kalaulah seluruh ahli Yaman (berpakat) membunuh lelaki ini, maka aku akan hukum mereka semua dengan hukuman bunuh.” (HR Malik, Abd Razzaq, dan Ibn Abi Syaibah)

3. Hukuman yang sama pernah dilakukan oleh Saidina Ali. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan:

وعن علي رضي الله عنه أنه قتل ثلاثة قتلوا رجلاً

“Sesungguhnya Ali pernah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap tiga orang lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh seorang lelaki.”

4. Siasatan terhadap kes pembunuhan Adib ini mestilah dijalankan dengan segera dan cermat. Setiap mereka yang terlibat seharusnya dijatuhkan hukuman. Dari pihak pengurusan kuil yang dikatakan menyembunyikan maklumat atau memberikan maklumat yang salah, pihak developer yang membayar samseng, perusuh yang bertindak melampau serta mereka yang menyalahkan polis atau melambatkan siasatan pihak berkuasa.

5. Semoga Allah mengurniakan keampunan dan kesejahteraan buat Muhammad Adib. Semoga ahli keluarga beliau tabah atas pemergian perwira yang terkorban ketika menjalankan tugas.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts