Kegembiraan mukmin untuk ke masjid

 

1. SEBAHAGIAN masjid telah pun mula dibuka sepenuhnya setelah melalui tempoh penutupan yang panjang dalam tempoh PKP. Bagi orang beriman, pembukaan masjid ini adalah satu berita gembira buat mereka.

2. Dalam hadis, Rasulullah menyifatkan bahawa lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid itu akan mendapat naungan di sisi Allah pada hari yang tiada naungan di akhirat kelak.

3. Malah mereka yang berjalan pada waktu gelap, semata-mata untuk ke masjid, maka Allah akan menganugerahkan buat mereka cahaya yang sempurna menerangi di akhirat kelak. Sabda Rasulullah:

بشِّروا المشائين في الظُّلَمِ إِلى المسَاجِدِ بِالنور التَّامِّ يَوْمَ القِيامَةِ

“Sampaikan berita gembira buat mereka yang berjalan dalam kegelapan untuk ke masjid bahawa Allah akan mengurniakan cahaya yang sempurna buat mereka di akhirat kelak. (Sahih – Abu Daud)

4. Atas dasar itu beberapa tokoh pada zaman salafussoleh terdahulu sangat seronok bahkan mengikat jiwa dan jasad mereka di masjid. Kata Sa’d ibn al-Musayyib:

ما أذن المؤذن منذ ثلاثين سنة إلا وأنا في المسجد

“Sepanjang 30 tahun (ini), tiada seorang muazzin yang melaungkan azan melainkan aku (telah) berada di masjid.” (Hilyah al-Awliya)

5. Begitu juga dengan al-Rabi’ ibn Khaytham, anak murid kepada Abdullah ibn Mas’ud yang memaksa dirinya untuk ke masjid biarpun dalam keadaan sakit kerana menjiwai arahan untuk ke masjid.

Semoga Allah menjadikan kita dikalangan mereka yang hatinya terpaut dengan masjid.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Penasihat Syariah Indahnya Islam

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts