Kehidupan saya lebih tenang selepas peluk Islam

.

KUALA LUMPUR: Penolong jurulatih dan penganalisis video pasukan Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas mengakui kehidupannya lebih tenang dan bertambah baik selepas memeluk agama Islam.

Dia yang kini menggunakan nama Abu Bakar menjelaskan bahawa tiada paksaan daripada mana-mana pihak untuk di menukar agama dan keputusan itu lebih kepada tertarik dengan budaya dan masyarakat Islam di negara ini.

Katanya, keluarganya di Sepanyol juga menghormati keputusan yang dibuat dan turut memberi sokongan moral.

“Sejak saya berada dalam pasukan Kelantan FC, kebanyakan rakan beragama Islam dan sentiasa melihat mereka solat, berpuasa selain tidak melakukan perkara bertentangan dengan agama.

“Situasi terbabit mendorong saya untuk mempelajari Islam dan Alhamdulillah akhirnya saya bergelar seorang muslim baru-baru ini dengan bantuan daripada bos Zam (pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman),” katanya.

Terdahulu, Abu Bakar yang bersama The Red Warriors (TRW) sejak dari musim 2021 dilaporkan memeluk agama Islam dengan perkembangan itu disahkan kelab berkenaan dan Norizam.

Selain itu, Abu Bakar berkata, dia kini giat mempelajari berkaitan hukum dalam Islam dengan turut mahu mendalami al-Quran.

“Ramai yang menyokong dan membantu saya untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan Islam dan tahun ini kali pertama berpuasa sebagai seorang Muslim sekali gus pasti menyeronokkan,” katanya. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts