1. Allah menjelaskan kepada kita bahawa mereka yang engkar dan berpaling dari panduan al-Quran akan melalui kehidupan yang sempit. Firman Allah:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Taha: 124)
2. Menurut al-Dahhak, kehidupan yang sempit ini bukan semestinya kesempitan hakiki tetapi menjurus kepada kesempitan ruhi iaitu amal soleh atau rezeki yang tercemar kerana tidak menuruti panduan al-Quran. Kata al-Dahhak:
هو العمل السيئ ، والرزق الخبيث ، وكذا قال عكرمة ، ومالك بن دينار
“(Kehidupan yang sempit) melalui amalan-amalan yang jahat dan rezeki yang kotor. Beginilah pandangan yang dinyatakan oleh Ikrimah dan juga Malik bin Dinar.” (Tafsir Ibn Kathir)
3. Oleh yang demikian, jadikan al-Quran sebagai panduan hidup kita. Ia bukan sekadar membimbing aspek ibadah, malah memastikan halatuju hidup serta kehidupan di dunia terjamin.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)