Malam ini kami rasa hiba di pejabat…
Aku yang baru gerak dari Sijangkang jam 8.05 malam, dapat panggilan dari Hanafi di office,
” Fiq, ada pak cik ni datang nak jumpa anta. Dia tetap nak jumpa anta… “
aku jawab, ” Kau uruskan sendiri ar.. “
” Dia tetap nak jumpa kau, aku dah uruskan, tapi dia tetap nak bincang dengan kau… “, bagitahu hanafi…
Aku terus bergegas dari Sijangkang, dan tiba di pejabat bangi jam 9.03 malam. Naik ke office, nampak seorang lelaki tua range umur dalam 60-75, dalam keadaan buta, 2 beg besar sekeliling lelaki ini…
Terus aku menyapa lelaki ini,
” Pak cik, saya Syafiq. Apa yang saya boleh bantu pak cik? “
” Pak cik nak buat korban. tapi tadi kawan-kawan kamu kata dah tutup. Kalau dah tutup, pak cik boleh usaha cari kawan-kawan pak cik cukupkan jadi satu ekor… “, bagitahu lelaki bertongkat dengan suara yang sangat-sangat rendah…
” Saya tanya staf saya dulu ye pak cik.. “
Akhirnya lepas bincang, kami dapat buka satu bahagian lembu untuk pak cik Nik Yusof.. Gembira pak cik dapat sertai korban, dilihat dari riak muka dan senyuman..
Ketika mana nak turun office balik ke gombak, aku angkat salah satu beg pak cik ni. Allah beratnya beg..
” Apa dalam beg ni pak cik? berat sangat.. “
” Minyak atar nak… “, jawab pak cik bertongkat..
” Camna pak cik angkat ni ? “
” Dengan dua bahu pak cik ni..”
sekali lagi rasa menangis dalam jiwa. Pak cik datang dari jauh, dalam keadaan buta, angkat barang-barang berat (tin-tin yang dikutip dari tepi jalan), sanggup tunggu aku sampai malam, semata-mata nak buat korban..
Allah..
mungkin inilah takwa yang disebutkan Allah.. Tidak sampai kpd Allah darah yang mengalir, daging yang disembelih, bulu yang dicabut, tapi yang akan smpai kpd Allah adalah ketakwaan mereka yang berkorban..
—
pak cik buta, kuku kaki tangan tidak berketip, kaki berkudis sedikit, pada pandangan dunia, ia kelihatan gelandangan. di akhirat, pak cik inilah jutawan.. kita boleh jadi, di dunia adalah orang hebat, kaya, ada duit, berfesyen, tapi di akhirat? adakah kita mampu terus seperti mana di dunia atau sebaliknya sebagai gelandangan?
muhasabah…
Sumber : fb Syafiq Syahmi Sazali
www.indahnyaislam.my