Kelebihan bulan Muharram

Berikut merupakan beberapa kelebihan bulan Muharram :

1- Ia merupakan salah satu dari 4 bulan Haram. Muharram, Rajab, Zulqa’dah, dan Zulhijjah. Bulan haram maksudnya bulan yang sangat dihormati lagi dimuliakan.

2- Puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadan ialah puasa pada bulan Muharram. Berdasarkan hadis Nabi SAW : Dan puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadan ialah berpuasa pada bulan Allah al-Muharram. Riwayat Muslim

3- Muharram merupakan satu-satunya bulan yang disifatkan sebagai bulan Allah (شهر الله) berdasarkan hadis sahih. Sesebuah tempat, seseorang individu, dan sesuatu masa, apabila disandarkan kepada Allah maka secara automatiknya ia menjadi mulia.

4- Pada bulan Muharram terdapat anjuran berpuasa pada 10 Muharram atau disebut sebagai Hari Asyura. Rasulullah SAW ditanya berkenaan berpuasa pada Hari Asyura, baginda mengatakan :

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ

Maksudnya : (Puasa hari Asyura) menghapuskan (dosa-dosa kecil) setahun yang berlalu. Riwayat Muslim (1162)

5- Disunatkan juga kepada umat Islam untuk berpuasa pada hari Tasu’a merujuk kepada 9 Muharram.

Berdasarkan hadis Nabi لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ

Maksudnya : Sekiranya aku masih hidup pada tahun depan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 (Muharram). Riwayat Muslim

6- Tidak terdapat sebarang doa khusus dari Nabi SAW dengan sifat doa awal dan akhir tahun. Kerana penetapan awal tahun hijrah ini pun dibuat selepas wafatnya Baginda SAW. Meskipun begitu, secara umumnya tidak salah bagi seseorang itu untuk membaca doa meminta kebaikan dan kesejahteraan buat dirinya sebaik dia memasuki tahun 1443 Hijrah. والله الموفق

Sumber : Twitter Muhammad Fahmi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts