ANKARA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Malaysia, Turki dan Pakistan mencari jalan untuk mengembalikan kekuatan serta membina semula tamadun Islam sejagat supaya tidak lagi mudah diperlekehkan oleh sesiapa.
Tegasnya, paling penting adalah hasil dan bukan hanya pandai membuat kenyataan semata-mata.
“Negara-negara Islam mesti bersatu, bekerjasama rapat termasuk dari segi ketenteraan.
“Itu sebab mesyuarat tiga pihak (Malaysia, Turki dan Pakistan) bagi mencari jalan bekerjasama rapat,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Kompleks Istana Presiden di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan empat mata dengan Erdogan diikuti mesyuarat delegasi Malaysia-Turki.
Pada sidang media itu juga, Dr Mahathir menerima pingat ‘Order of The Republic’ daripada Erdogan.
Sebelum ini, Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatnya dari Turki dan Pakistan mengadakan mesyuarat tiga pihak, antara lain turut berusaha mereformasi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan menjadikannya lebih efektif.
Dalam pada itu Dr Mahathir percaya kerjasama Malaysia dan Turki mampu mengurangkan pandangan negatif terhadap masyarakat Islam di seluruh dunia.
Dalam perkembangan berasingan jelasnya, Malaysia dan Turki senada mengenai isu Palestin.
Sebelum itu, Dr Mahathir diberi sambutan negara sempena lawatan rasmi empat harinya ke Turki.
Terdahulu dalam satu program di Majlis Pendidikan Tinggi Turki, Dr Mahathir menyifatkan, kebanyakan negara Islam menjadi lemah kerana mengikut ajaran agama yang salah.
Jelasnya, umat Islam mundur dalam soal dedikasi selama beberapa abad dan jahil dari segi kemajuan sains.
Beliau juga mahu supaya dikenal pasti sebab mengapa negara dan orang Islam lemah supaya jalan penyelesaian ditemui. – Astro Awani
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)
Puncanya adalah pemimpin kalau pemimpin lemah rakyat pun lemah. Fikir fikirkan lah
Pemimpin seharusnya di pilih dari golongan orang bertaqwa…contohnya ulama…..bukan orang politik yang pembohong tommak haloba harta dunia…….