Kempen Beli Produk Muslim hanya nak tolong ekonomi orang Islam

 

KUALA LUMPUR – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan, Kempen Beli Produk Muslim adalah usaha untuk membantu peniaga umat Islam yang selama ini tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk membuat pemasaran.

Pengerusinya, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kempen berkenaan tidak bermaksud untuk memboikot produk daripada pengusaha bangsa-bangsa lain, malah tiada kena mengena dengan mana-mana parti politik sama ada dalam kerajaan mahupun pembangkang.

Beliau mengakui UMMAH kecewa dan berasa terkilan apabila ada beberapa pemimpin politik negara mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan kempen ini kepada isu perkauman, agama serta parti-parti politik.

“UMMAH menolak istilah rasis yang digunakan oleh sesetengah pihak kerana ia adalah satu istilah yang digunakan bagi memenuhi kehendak politik mereka tanpa ada sebarang asas. Ertinya berniat jahat untuk mematikan kempen ini dan semangat membantu saudara semuslim,” katanya dalam sidang media yang diadakan di Taman Melawati, Gombak hari ini.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, kempen membeli produk muslim juga memfokuskan kepada peniaga yang tidak diberi ruang oleh pasaraya-pasaraya besar untuk memasarkan produk mereka.

“Tidak ramai pengusaha Melayu yang boleh kekal dalam perniagaan. Kita selalu terdengar produk-produk yang dijual di pasaran diragui kehalalannya.

“Ini menyebabkan orang Islam tidak selesa kerana menjejaskan ibadah mereka. Jadi usaha ini adalah langkah untuk membantu orang Islam mendapatkan produk-produk yang sahih dari segi kebersihan dan kehalalannya,” katanya.

 

 

Selain itu, Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berkata, kempen ini juga adalah usaha untuk melestarikan jurang ekonomi antara Bumiputera dan bukan Bumiputera supaya mereka dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa lain.

“Jurang ekonomi yang terlalu besar akan menimbulkan masalah sosial. Kerajaan sepatutnya menyokong usaha ini bukan memperlekeh. Agama Islam sendiri menuntut kita membantu sesama muslim.

“UMMAH menyeru semua rakyat muslim terutamanya untuk terus mengutamakan produk muslim dan tidak perlu takut dengan kenyataan mana-mana pemimpin politik. Ini adalah sebahagian daripada amal soleh,” katanya.

Terdahulu lalu, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dilaporkan tidak bersetuju dengan kempen memboikot produk keluaran bukan Bumiputera yang disifatkannya tindakan golongan berfikiran cetek.

Kelmarin, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula mendesak supaya kempen ini dihentikan kerana mendakwa ia tidak menguntungkan dan boleh menggugat perpaduan negara. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
1 comment
  1. Jangan dilayan, permintaan orang yg rasa diri mereka tergugat. Itu ada lah hak umat islam. Mereka yg tidak suka bolih diumpamakan seperti yahudi yg memusuhi islam jd kita wajarlah untuk memusuhi mereka.
    Mereka memusuhi kita secara senyap senyap bolih tetapi bila kita boikot riuh ada sahaja alasan dasar penyangak nak hidup kaya sendiri tetapi biar org lain susah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts