Kempen Quran Sana Sini pupuk tabiat setia al-Quran

 

KUALA LUMPUR – Ikatan Muslimin Malaysia dengan kerjasama portal Indahnya Islam telah menjalankan kempen Quran Sana Sini sebagai usaha menyemarakkan budaya membaca al-Quran di mana jua lokasi.

Kempen itu yang diadakan di Transit Aliran Ringan (LRT) berjaya membabitkan laluan LRT Stesen Gombak ke Stesen KL Sentral dan kembali semula ke Stesen Gombak melibatkan seramai 30 peserta dari kalangan anak muda.

Naib Yang Dipertua ISMA, Abdul Samad Ashaari, LRT menjadi pilihan dalam kempen itu, sebagai simbolik membuktikan ia boleh dibaca di mana-mana saja.

 

 

Ini kerana, katanya, masyarakat tempatan telah terbiasa dengan membaca al-Quran hanya di rumah atau masjid sahaja.

Dengan kempen ini, pihaknya berharap masyarakat tidak lagi berasa janggal untuk membaca al-Quran di mana sahaja mereka berada.

“Kami mahu mendidik masyarakat untuk membudayakan membaca al-Quran, pada masa terluang termasuk di dalam pengangkutan awam.

 

 

“Hari ini, tidak sukar untuk membaca al-Quran kerana terdapat kemudahan aplikasi telefon pintar.

“Paling penting, kami mahu mendorong orang ramai untuk membaca al-Quran dan kurangkan peruntukan melayari laman sesawang dan media sosial, mendengar muzik atau bermain permainan dalam telefon pintar,” katanya seperti dilapor akhbar tempatan.

Program ini dilancarkan buat kali kedua bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran bagi tahun 1439H. – Ismaweb

Kredit Foto – Muhd Al-Amin Asri / Asyraf Hamzah

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts