Kenali hujah menggagalkan boikot

  1. Isu boikot dan kempen BMF kembali hangat dengan berlakunya Taufan al-Aqsa. Benarlah Taufan al-Aqsa ini menggerakkan semua manusia sedunia. Dan benar juga bahawa Taufan al-Aqsa adalah fasa baru yang akan membawa kepada perubahan order dunia.
  2. Kempen boikot dan BMF pernah naik dan kemudian mengendur. Umat tak cukup stamina untuk meneruskan kempen ini atas banyak faktor. Selain dari faktor umat tidak menguasai sepenuhnya lagi rantaian ekonomi, kewujudan gerakan yang memperkecilkan kempen BMF juga adalah faktor yang menyumbang ke arah pengenduran momentum kempen tersebut.
  3. Ini sebahagian contoh seruan yang samada sengaja atau tidak sengaja diungkapkan yang boleh menggagalkan boikot.

i. Syarikat francaisi tersebut hanya menyumbang sedikit sahaja iaitu sekadar royalti yang dibayar kepada francaisor.

Di sini kita kena ingat maksud sedikit itu diambil dari perkiraan nisbah kadar untung dan kadar royalti. Tapi jika dijumlahkan dan dibandingkan dengan kutipan awam satu ngo bagi Palestin, jumlah bayaran royalti itu adalah jauh lebih besar dari kutipan ngo tersebut.

ii. Pekerja syarikat tersebut majoritinya muslim. Boikot akan merugikan orang Islam juga kerana peluang pekerjaan tidak banyak pun sekarang.

Tiada siapa suruh berhenti kerja serta merta. Ambillah masa hatta lima tahun pun untuk cari kerja lain. Kalau syarikat buang pekerja sebelum sempat cari kerja lain, kita boleh terima pembuangan kerja kerana covid tapi tak boleh terima pembuangan kerja kerana kesan perang Israel terhadap Palestin? Kepayahan yang ditanggung dari kehilangan kerja tidaklah sama dengan kepedihan kehilangan keluarga di Palestin.

iii. Kalau serius nak boikot, boikotlah semua produk. Jangan pilih-pilih.

Kaedah Islam
ما لا يدرك كله فلا يترك جله
‘apa yang tak boleh dibuat semua, maka janganlah tinggalkan semuanya’

iv. Kalau serius nak boikot, boikotlah yang sumbang banyak kepada Israel seperti sistem perbankan dan peralatan it.

Boikot berkait dengan kemampuan tidak bergantung kepada produk pro Israel. Ada yang mudah untuk dapatkan alternatif dan ada yang susah dan perlu masa untuk bina alternatif. Alternatif lain bagi produk makanan tak sama macam mencari alternatif bagi sistem perbankan. Burger banyak pilihan, bersepah di pasaran. Sistem perbankan sama seperti burger? Tidak sudah tentu. Binalah semangat boikot dengan suatu yang mudah untuk masyarakat … inilah strategi orang cerdik. Orang yang tak cerdik sahaja yang suruh boikot semua sekaligus.

v. Kesan boikot tak setara mana pun kepada Israel.

Tak setara mana sebab orang Malaysia cuma boikot makanan sahaja pada peringkat permulaan ini. Kempen boikot ni akan berkembang. Kalau tak da kesan, takdalah 4 negara Arab pro Israel tolak usul guna kekuatan minyak Arab untuk tekan US dan Israel. Dari makanan, boikot boleh berkembang ke minyak, sumber alam yang lain dan sebagainya. Boikot bukan bermaksud jangan beli sahaja, ia juga bermaksud jangan jual.

vi. Produk tempatan tak boleh lawan produk luar. Niaga ayam goreng pun mati. Niaga pasar malam pun malas.

Tolonglah … bercakap biar berfakta. Kalau malas, taklah Mydin boleh kalahkan Giant di beberapa lokasi. Produk tiada kualiti? Burger Ramly lebih sedap dan lebih sihat saya rasa. Tidak ada syubhat campuran bahan perosak kesihatan.

vii. Jangan ghuluw (ekstrim) dalam boikot sampai cop orang sana sini sebagai Yahudi.

Terima kasih, nasihat itu amat betul. Cuma nasihat saya; jangan ghuluw (ekstrim) juga dalam menentang kempen boikot.

  1. Saya melihat isu boikot dan kempen BMF ini ada kesannya kepada perang Israel-Palestin sekarang.

Dalam mesyuarat GSPP minggu lepas telah dipersetujui untuk GSPP menubuhkan unit bagi menguruskan kempen boikot secara sistematik dan strategik. InsyaAllah kita akan buat dalam masa terdekat.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts