Kenapa liberal burukkan hadis 40?

  1. Ada yang bertanyakan kepada saya mengenai status golongan liberal yang seakan-akan memburukkan perintah yang terdapat dalam hadis Rasulullah. Mereka dikatakan tidak sanggup untuk mendidik perkara berkaitan dakwah dan perang.
  2. Perkara ini amat menghairankan kerana al-Quran sendiri bersikap tegas dalam isu. Terdapat banyak perintah mengenai dakwah dan perang di dalam al-Quran. Adakah mereka tidak sanggup mengajarkan al-Quran kepada anak-anak mereka atau mereka ingin mengubah al-Quran pula sesuai dengan nafsu mereka? Firman Allah:

وَقَٰتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ ٱلدِّينُ كُلُّهُۥ لِلَّهِ ۚ فَإِنِ ٱنتَهَوْاْ

“Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata.“ (Surah al-Anfal: 39)

  1. Dalam al-Quran juga, terdapat beberapa surah yang merekodkan perihal perang dalam sejarah Islam. Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Ahzab, semunya direkodkan di dalam al-Quran. Adakah silibus berkaitan perang ini juga ingin dihilangkan dari al-Quran?
  2. Malah para salafussoleh terdahulu mendidik anak-anak mereka tentang sirah peperangan Rasulullah. Kata Ali bin al-Husain:

كنا نُعلَّم مغازي النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ كما نعلم السورة من القرآن

“Kami mendidik anak-anak kami sirah peperangan Rasulullah seperti mana kami mengajarkan kepada anak-anak kami al-Quran.” (al-Jami’ li Akhlak al-Rawi)

  1. Manakala apa yang disebutkan di dalam hadis ke 8 yang dipertikaikan oleh golongan liberal ini ialah berkaitan dengan “muqatalah” iaitu berbalas lawan andai urusan dakwah itu diancam atau ditentang semula. Perkara ini dijelaskan oleh Ibn Daqiq al-Aid ketika menghuraikan hadis ini. Kata beliau:

الْمُقَاتِلَةَ ” مُفَاعِلَةٌ، تَقْتَضِي الْحُصُولَ مِنْ الْجَانِبَيْنِ

“Dan perkataan “muqatalah” datang dengan wazan “mufa’alah” yang membawa maksud berlaku dari kedua-dua belah pihak” (iaitu saling memerangi) (Kitab Ihkam)

  1. Malah Hadis 40 ini telah diajar selama berabad lamanya di Malaysia ini, adakah kita dapati ada dalam kalangan kita yang memerangi sesama muslim? Sudah pasti tidak. Adakah ini merupakan momokan yang dimainkan oleh golongan liberal sahaja?

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts