Kenapa membazir saudara syaitan?

 

1. Ketika berbuka, janganlah kita membazir. Ini kerana Allah menyifatkan orang yang membazir itu sebagai saudara syaitan. Firman Allah:

إِنَّ ٱلْمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخْوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِ ۖ وَكَانَ ٱلشَّيْطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورًا

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

2. Timbul persoalan disini, mengapa Allah sifatkan orang yang membazir sebagai saudara syaitan? Menurut Saidina Abdullah bin Mas’ud, membazir ini adalah satu menjadikan harta itu digunakan di jalan yang tidak benar dan ia mirip dengan perlakuan syaitan yang mengajak manusia lari dari jalan yang benar. Kata beliau:

التبذير الإنفاق في غير حق وكذا قال ابن عباس

“Pembaziran ini adalah menginfaqkan harta kepada jalan yang tidak benar, begitu juga pandangan Saidina Abdullah bin Abbas.”

3. Manakala Sheikh al-Tantawi pula menyatakan bahawa Allah menyamakan orang membazir ini seperti saudara syaitan kerana persamaan mereka dalam sifat yang jahat. Kata beliau:

والمراد بأخوة الشياطين : المماثلة لهم فى الصفات السيئة ، والسلوك القبيح

“Dan yang dimaksudkan dengan saudara syaitan adalah kerana persamaan mereka dalam sifat jahat dan akhlak yang buruk.”

4. Manakala al-Imam al-Razi pula menghuraikan perumpamaan ini dari aspek bahasa. Kata beliau, mereka yang selalu melakukan sesuatu sifat itu dianggap sebagai saudara kepada sifat tersebut. Kata beliau:

وذلك لأن العرب يسمون الملازم للشئ أخا له

“Ini adalah kerana Arab menyifatkan orang yang melazimi sesuatu perkara itu sebagai saudara kepada perbuatannya itu tadi.”

5. Oleh yang demikian, kita hendaklah menjauhkan diri kita dari perbuatan membazir dalam bulan Ramadan. Kita tidak mahu mensia-siakan nilai harta kita dengan perbuatan ini dan tidak mahu disifatkan sebagai saudara syaitan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts