Kenapa Palestin sukar merdeka?

  1. Walaupun pembantaian terhadap Gaza berlaku dalam keadaan yang amat dahsyat, tetapi satu yang ketara juga adalah Israel juga sedang jatuh dan makin lemah dari segala sudut. Ekonomi jatuh, imej di hadapan dunia juga jatuh, media lebih memihak kepada Palestin, polisi rasmi badan-badan dunia seperti PBB dan ICJ tidak menyebelahi Israel, perselisihan Israel dan negara-negara sekutunya, penolakan rakyat terhadap Netanyahu dan banyak lagi yang lain.
  2. Pun begitu jalan menuju kemerdekaan Palestin masih kelam dan samar. Kenapa?

Di sini saya kongsikan sedutan kuliah subuh saya semalam di Alam Sari, Bangi. Beberapa noktah yang tidak sempat saya kongsikan semalam, saya kongsikan di sini.

  1. Beberapa faktor menjadi penghalang kepada kemerdekaan Palestin. Di antaranya:

a. Kesatuan Barat memberikan bantuan perang sedangkan negara Islam hanya memberi bantuan kemanusiaan. Ini menjadikan pertarungan antara Israel dan sekutunya melawan Palestin menjadi satu pertarungan yang berat sebelah.

b. Umat Islam terperangkap dengan sistem dunia. Perangkap pertama berlaku dulu ketika pemimpin umat Islam menerima cadangan Barat untuk ditubuhkan OIC sebagai ganti kepada kuasa dunia Islam pada masa itu iaitu Khilafah Othmaniah. Peperangan, perdamaian, pembahagian sempadan negara sampailah kepada proses pemberian bantuan hari ini masih lagi dalam lingkungan sistem yang dibenarkan PBB dan negara-negara besar dunia.

c. Normalisasi enam negara Arab dengan Israel. Selepas perang terakhir yang besar antara negara pada 1973, satu demi negara Arab mengambil pendekatan berdamai dan mengiktiraf Israel. Dimulai oleh Mesir, Jordan dan kemudian diikuti oleh Emirate, Bahrain, Sudan dan Morocco. Menyusul seterusnya adalah Saudi. Beberapa negara lain sedang dilobi untuk itu.

Kesan hubungan diplomatik ini boleh dilihat di era perang Taufan Aqsa ini apabila usul-usul negara-negara Arab ditolak dab tidak dapat dilaksanakan. Usul-usul itu antaranya usul memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel, tidak membenarkan tanah dan udara negara Arab digunakan oleh Israel dan US dan menggunakan kuasa enonomi Arab seperti minyak untuk memberi tekanan kepada Israel dan sekutunya.

d. Ancaman baru dari Syiah Iran dan sekutu yang menambahkan kerumitan. Sekatan Yaman kepada kapal-kapal di Teluk Mandab hanyalah lakonan Houthi untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat Yaman. Jika Iran dan sekutunya bergabung dengan Russia dan China, perang akan makin melebar dan membebankan Palestin.

  1. Gerakerja pembebasan Palestin mesti pergi kepada satu gerakerja baru, keluar dari sekadar gerakerja kemanusiaan. Jalannya jauh dan panjang tetapi pasti.

Wallahu a’lam

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts