KEMAMAN: Kerajaan sedang meneliti untuk melarang golongan ‘transgender’ memasuki masjid di Wilayah Persekutuan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, tindakan pihak berkuasa Perlis melarang ‘transgender’ memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina wajar dicontohi.
“Insya-Allah kita akan teliti untuk kita laksanakan di peringkat Wilayah Persekutan yang berada di bawah bidang kuasa kita.
“Untuk negeri-negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama masing-masing,” katanya selepas menyempurnakan program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 di Kemaman siang tadi.
Pun begitu Ahmad Marzuk berkata, jika golangan tersebut memasuki masjid untuk bertaubat ia amat digalakkan.
Setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan pencerobohan golongan ‘transgender’ di rumah ibadat.
Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan golongan ‘transgender’ diharamkan memasuki masjid di Perlis dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid. – AlHijrah Online
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam: