Kerana Israel, Semenanjung Gaza diisytihar zon epidemik polio

Disebabkan pencerobohan dan perang maut Israel di wilayah terkepung, Semenanjung Gaza kini terpaksa diisytiharkan kawasan epidemik polio.

Kementerian Kesihatan Gaza hari ini mengisytiharkan wabak polio di seluruh wilayah enklaf Palestin, dengan menegaskan serangan tentera Israel menjadi punca penyebaran virus maut berkenaan.

Wabak itu menimbulkan ancaman kesihatan kepada penduduk Gaza – petanda terbaharu mengenai kemerosotan keadaan kesihatan awam yang disebabkan perang genosid Israel sejak Oktober.

Kementerian berkata, situasi ini berlaku akibat keadaan teruk dialami penduduk Semenanjung Gaza disebabkan serangan kejam Israel sehingga mereka kehilangan air bersih, pemusnahan infrastruktur sanitasi dan timbunan ribuan tan sampah sarap.

Ia membawa kepada keadaan tidak selamat pada makanan serta penduduk hidup bersesak di lapangan pemindahan secara paksa.

“Ini susulan penemuan virus polio CVPV2 dalam air kumbahan di kawasan gabenor Tengah dan Khan Younis,” katanya.

Setakat ini, program anti-epidemik yang dilancarkan dengan kerjasama beberapa institusi berkaitan, terutama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak akan mencukupi. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts