Kerana pertahan Palestin, kanak-kanak 12 tahun maut ditembak rejim Israel

GAZA – Setelah seminggu bertarung nyawa, kanak-kanak Palestin yang parah ditembak di kepala oleh pasukan pengganas Israel ketika demonstrasi minggu lalu, menghembuskan nafas terakhirnya semalam. 

Hassan Abu al-Neil, 12, disahkan meninggal dunia pada Sabtu selepas ditembak pada 21 Ogos ketika demontrasi dianjurkan Hamas untuk mengingati ulang tahun ke-52 pembakaran perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur, termasuk memprotes sekatan yang dikenakan rejim Israel dan Mesir.

Serangan pengganas Israel telah mencederakan sekurang-kurangnya 41 rakyat Palestin yang menyertai tunjuk perasaan itu.

Tentera Israel mendakwa kononnya beberapa penunjuk perasan cuba memanjat pagar sempadan dan melemparkan alat letupan ke arah mereka. 

Serangan Israel itu juga telah menyebabkan seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai anggota sayap tentera Hamas, meninggal dunia akibat cedera parah pada Rabu.

Ketegangan di sempadan itu adalah yang paling ganas sejak berakhirnya tunjuk perasaan Great March of Return pada tahun 2019. 

Dari tahun 2018 hingga 2019, ribuan rakyat Palestin di Gaza melakukan demontrasi di sempadan bagi menentang sekatan dan menuntut kembali hak mereka ke atas tanah yang dijajah Israel sejak 1948.

Ratusan penunjuk perasaan Palestin berdemontrasi pada Rabu lalu dekat sempadan Gaza-Israel, bagi melonggarkan sekatan yang dikenakan Israel sejak 2007.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts