TERDAPAT beberapa kesalahan fatal dalam penghujahan Wanji ketika menjawab persoalan yang dilontarkan berhubung kekeliruannya tentang hukum rejam.
PERTAMA: KESALAHAN PENGGUNAAN USUL MAZHAB HANAFI
1.1 Wanji cuba melarikan fokus perbincangan dengan menggunakan Usul Mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa hadis ahad tidak boleh dijadikan hujah. Penghujahan ini adalah satu kekeliruan yang nyata. Ini kerana terdapat ramai sarjana Islam yang menerima penghujahan hadith ahad. Bahkan, pandangan yang popular adalah hadith Ahad itu dijadikan hujah dalam syarak. Perkara ini disimpulkan oleh al-Imam Ibn Abd al-Barr yang menyebutkan:
وكلهم يدين بخبر الواحد العدل في الاعتقادات، ويعادي ويوالي عليها، ويجعلها شرعاً وديناً في معتقده، وعلى ذلك جماعة أهل السنة
“Dan semua mereka berpegang dengan penghujahan khabar ahad yang adil di dalam perkara aqidah. dijadikan hujah yang biasa dan panduan daripadanya, bahkan dijadikan (khabar ahad ini) sebagai (asas) syarak dan agama kepercayaan, dan inilah yang dipegang oleh Jemaah ahli sunnah.
1.2 al-Imam Ibn Abd al-Barr menyatakan di dalam Kitab al-Tamhid bahawa para ahli ilmu telahpun menyatakan kesepakatan ijmak mereka terhadap penerimaan khabar ahad: Kata beliau:
أجمع أهل العلم على قبول خبر الواحد العدل وإيجاب العمل به إذا ثبت ولم ينسخه غيره من أثر أو إجماع وعلى هذا جميع الفقهاء في كل عصر من لدن الصحابة إلى يومنا هذا إلا الخوارج وطوائف من أهل.
Sesungguhnya ahli ilmu telah bersepakat (ijmak) untuk menerima khabar ahad yang adil dan wajib beramal dengannya sekiranya riwayat tersebut thabit dan tidak dinasakhkan oleh yang lainnyna daripada athar atau ijmak. Dan inilah yang telah disepakati oleh keseluruhan ahli fuqaha pada stiap masa dari zaman sahabat sehingga ke hari ini melainkan golongan khawarij dan ahli bid’ah. (Ibn Abd al-Barr al-Tamhid)
1.3 Penghujahan ini turut disokong oleh al-Khatib yang mengulas perkara ini di dalam kitabnya al-Kifayah yang menyebutkan:
وقال الخطيب في الكفاية(٣١): وعلى العمل بخبر الواحد كان عامة التابعين ومن بعدهم من الفقهاء في سائر أمصار المسلمين إلى وقتنا هذا ولم يبلغنا عن أحد منهم إنكار ذلك.
“Dan beramal dengan khabar ahad adalah sesuatu yang diterima pakai oleh Tabien dan fuqaha selepas daripadanya di setiap wilayah orang Islam sehingga zaman kami dan kami tidak pernah mendengar mereka yang mengingkarinya. (al-Khatib, al-Kifayah)
1.4 Begitu juga al-Imam Ibn al-Qayyim menyebutkan bahawa:
ومعلوم ومشهور استدلال أهل السنة بأحاديث الآحاد فهذا إجماع منهم على قبول أحاديث الآحاد
“Dan yang diketahui dan yang masyhur adalah penghujahan ahli sunnah dengan hadith-hadith ahad maka ini adalah ijmak daripada mereka atas penerimaan hadith ahad.” (Ibn al-Qayyim, Mukhtasar al-Sawa’iq, 1/233)
1.5 Malah pandangan yang sama turut dinyatakan oleh Badr al-Aini yang menyatakan:
وقال بدرالدين العيني الحنفي في نخب الأفكار(٧/٦٨): مذهب فقهاء الأمصار أن خبر الواحد تقوم به الحجة ويجب به العمل في أمور الدين.
“Mazhab fuqaha setiap wilayah adalah hadith ahad itu diterima penghujahannya dan wajib beramal dengannya dalam setiap perkara agama.”
1.6 Begitu juga al-Imam Syafie, di dalam karya beliau yang agung iaitu Kitab al-Risalah bertegas menerima hadith ahad sebagai hujah. Bahkan al-Imam al-Bukhari menyediakan satu bab khas di dalam karya beliau (Sahih al-Bukhari) tentang bab penerimaan penghujaan hadith ahad.
1.7 Setelah sekian ramai ulama yang menerima penghujahan hadith ahad, tiba-tiba Wanji memilih Usul Mazhab Hanafi, (apakah Wanji bermazhab Hanafi?) semata-mata untuk membenarkan hujah beliau yang menyatakan hukum rejam ini dilihat sadis.
KEDUA: KESALAHAN PENAFSIRAN AL-QURAN
2.1 Wanji cuba menafikan pensyariatan hukuman rejam dengan menyatakan: “bahawa penzina yang muhsan tidak dikenakan hukuman mati (rejam), tetapi sekadar dikenakan azab sahaja.”
2.2. Wanji lalu memberikan penafsiran ayat daripada Surah al-Nisa yang menyatakan bahawa azab yang dikenakan kepada penzina hanyalah azab sahaja dan bukannya rejam.
2.3 Penggunaan ayat 25 daripada Surah al-Nisa untuk menafikan hukuman rejam ini pernah dibantah oleh Sheikh al-Sha’rawi, pakar tafsir dari Mesir. Ketika menafsirkan ayat ini beliau yang menyatakan:
والذين يقولون: إن آيات القرآن لا تدل على رجم نقول لهم: ومن الذي قال لكم إن القرآن جامع لكل أحكام منهج الله في الإسلام… ثم ترك للرسول صلى الله عليه وسلم أن يبين للناس ما نزل إليهم
“Dan ada diantara mereka yang berkata: ayat al-Quran tidak menunjukkan (pensyariatan) hukuman rejam. Lalu kami (bantah dan) katakana kepada mereka: Siapa yang menyatakan bahawa al-Quran ini mengandungi semua hukum… Allah meninggalkan (beberapa perkara) kepada Rasulullah untuk menghuraikan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka.”
Jelas di sini, penghujahan ayat ini untuk membuktikan ketiadaan hukuman rejam pernah dibantah oleh Sheikh al-Sha’rawi. Anehnya, Wanji menggunakan ayat ini sebagai bukti tiada hukuman rejam dalam Islam.
2.4 Kemudian Sheikh al-Sha’rawi mendatangkan bukti bahawa hukuman rejam tersebut pernah dilakukan oleh Rasulullah sendiri. Kata beliau:
لقد رجم الرسول ماعزاً والغامدية ورجم اليهودي واليهودية وكانا قد أحصنا بالزواج والحرية.. وفعل الرسول هو الأصل في الحكم.
Sesungguhnya Rasulullah telah merejam Ma’iz, perempuan al-Ghamidiyya dan merejam Yahudi yang pernah berzina dalam keadaan yang sudah berkahwin dan merdeka. Dan perlakuan Rasulullah ini adalah asas dalam berhukum.
2.5 Bahkan ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam al-Qurtubi memasukkan perbincangan berhubung perkara rejam lalu menyatakan bahawa, hukuman rejam adalah bagi penzina yang muhsin. Kata beliau:
وقال أبو ثور فيما ذكر ابن المنذر : وإن كانوا اختلفوا في رجمهما فإنهما يرجمان إذا كانا محصنين،
“Dan berkata Abu Thaur sepertimana yang disebutkan oleh Ibn al-Munzir: Mereka berselisih pandangan tentang hukuman merejam hamba, adapun, hukuman rejam terhadap pesalah zina adalah bagi mereka yang sudah berkahwin.
2.6 Penjelasan Sheikh al-Sha’rawi dan al-Imam al-Qurtubi menunjukkan bahawa hukuman zina bagi yang telah berkahwin adalah rejam. Ia diakui sendiri oleh pakar tafsir klasik dan kontemporari.
2.7 Malah ketika menghuraikan ayat kedua dari Surah al-Nur, al-Imam al-Qurtubi sekali lagi menafsirkan ayat ini lalu menyatakan bahawa:
وهذا في الأمة، ثم العبد في معناها. وأما المحصن من الأحرار فعليه الرجم دون الجلد. ومن العلماء من يقول : يجلد مائة ثم يرجم.
“(adapun ayat 25 dari surah al-Nisa) adalah hukuman untuk hamba perempuan, manakala bagi mereka yang telah berkahwin dan merdeka, maka mereka dihukum rejam tanpa sebat. Namun adalah ulama yang menyatakan mereka perlu disebat seratus kali dahulu sebelum direjam.”
2.8 Jelas di sini bahawa ayat ke 25 daripada surah al-Nisa ini adalah berbicara tentang hamba-hamba perempuan. Anehnya Wanji menggunakan ayat ini sebagai hujah bagi perempuan merdeka yang sudah berkahwin.
KETIGA: REJAM DISIFATKAN BERCANGGAH DENGAN ISLAM
3.1 Wanji menyifatkan hukuman rejam sebagai tidak rahmah dan bersifat sadis. Sekali lagi ini adalah hujah yang tidak masuk akal kerana Rasulullah sendiri melaksanakan rejam. Begitu juga para sahabat seperti yang diriwayatkan oleh hadith yang sahih. Apakah Wanji cuba menyifatkan Rasulullah, Saidina Umar dan Saidina Ali sebagai mereka yang tidak rahmah. Bukankah Rasulullah pernah bertegas bahawa sebahagian tindakan tegas itu juga adalah rahmah. Sabda Rasulullah:
وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لَأَقْتُلَنَّهُمْ، وَلَأُصَلِّبَنَّهُمْ، وَلَأَهْدِيَنَّهُمْ، وَهُمْ كَارِهُونَ، إِنِّي رَحْمَةٌ، بَعَثَنِي اللهُ عَزَّ وَجَلَّ، وَلَا يَتَوَفَّانِي حَتَّى يُظْهِرَ اللهُ دِينَهُ
“Dan demi nyawaku yang berada di tanganNya, aku akan memerangi mereka, menyalib mereka, dan memberi hidayah kepada mereka sekalipun mereka dalam keadaan yang membenci. Sesungguhnya aku adalah rahmah yang diutuskan oleh Allah, dan Allah tidak akan mematikan aku sehinggalah Allah memenangkan agamaNya.”
3.2 Sekalipun Rasulullah memerangi orang kafir dan bertindak tegas terhadap mereka yang melakukan dosa, ia tidak seharusnya dianggap sebagai tidak rahmah. Sabda Rasulullah:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” إِنَّ اللَّهَ بَعَثَنِي رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ، وَأَمَرَنِي رَبِّي بِمَحْقِ الْمَعَازِفِ وَالْمَزَامِيرِ وَالْأَوْثَانِ وَالصُّلُبِ، وَأَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ…
“Daripada Abu Umamah, beliau berkata, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat buat sekalian alam serta hidayah buat sekalian alam. Dan aku diperintahkan untuk membinasakan alat-alat hiburan (yang melalaikan), memusnahkan berhala dan salib (perkara-perkara aqidah) serta (meninggalkan) urusan Jahiliah
3.4 Ketegasan dalam melaksanakan perintah Allah tidak seharusnya dilihat sebagai tidak rahmah dan bersifat sadis. Adalah tidak wajar bagi kita menyifatkan perkara yang pernah dilakukan oleh Rasulullah sebagai buruk atau bersifat sadis.
KEEMPAT: KEKELIRUAN WANJI TENTANG HADITH MA’IZ
4.1 Wanji dilihat keliru berhubung hadith Ma’iz. Beliau cuba menafikan perlaksanaan hukuman rejam boleh berlaku dengan membawakan hadith Abdullah ibn Abi Aufa. Di dalam hadith Abdullah ibn Abi Aufa, beliau menyebutkan:
عَنِ الشَّيْبَانِيِّ: سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي أَوْفَى: ” هَلْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ قَالَ: نَعَمْ، قُلْتُ: قَبْلَ سُورَةِ النُّورِ أَمْ بَعْدُ؟ قَالَ: لاَ أَدْرِي ”
Daripada al-Shaibani, aku bertanya kepada Abdullah ibn Abi Aufa: Adakah Rasulullah merejam itu berlaku sebelum atau sesudah turunnya surah al-Nur. Abdullah menjawab: Aku tidak tahu.”
4.2 Lafaz yang digunakan oleh Abdullah ibn Abi Aufa adalah: “Aku tidak tahu.” Bererti beliau sendiri tidak dapat memastikan samada hukuman tersebut berlaku sebelum atau sesudah ayat rejam diturunkan. Ini bererti kedua-dua perkara boleh berlaku. Anehnya Wanji begitu yakin berhujah dengan pemansuhan hadith tersebut sedangkan Abdullah ibn Abi Aufa sendiri menyatakan “Aku tidak tahu.” Jelas lafaz ini zanni dari aspek dilalahnya. Wanji menyatakan bahawa khabar ahad tidak boleh diterima pakai kerana bersifat zanni. Namun di sini dia sendiri bercanggah dengan hujahnya dengan memakai hujah yang zanni untuk menolak pensyariatan hukum. Penghujahan yang aneh.
4.3 Kemudian Wanji menafikan pennyaksian Abu Hurairah yang dikatakan bahawa hadith yang meriwayatakan tentang kehadiran Abu Hurairah ini tidak boleh dijadikan hujah. Menurut beliau, hadith penyaksian Abu Hurairah ini dikatakan gharib kerana ia diriwayatkan dari jalur Ubaidbiyyah bin Abd Allah bin ‘Utbah bin Mas’ud sahaja.
4.4 Dakwaan Wanji bahawa hadith gharib tidak boleh dijadikan hujah adalah tidak tepat. Ini kerana terdapat terdapat banyak hadith yang gharib tetapi boleh dijadikan hujah dalam fiqh. Sebagai contoh hadith niat yang popular iaitu:
إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Hadith ini dikategorikan sebagai hadith gharib Mutlaq, iaitu hadith yang benar-benar gharib. Hanya di riwayatakn oleh Saidina Umar sahaja. Tetapi hadith ini dijadikan hujah dalam pelbagai aspek ibadah yang melibatkan niat.
4.5 Begitu juga banyak hadith gharib digunakan oleh al-Imam al-Tirmizi di dalam Sunannya. Ini menunjukkan dakwaan Wanji bahawa hadith gharib itu tidak boleh dijadikan hujah adalah tidak benar. Apa yang penting adalah hadith itu mencapai tahap sahih dan ia boleh dijadikan hujah.
4.6. Sedangkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah telah diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya. Bererti sekalipun hadith tersebut gharib, dari segi penghujahan ia adalah sahih dan boleh dijadikan hujah. Hadith tersebut dinukilakan di dalam sahih al-Bukhari yang menyebutkan:
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا لَيْثٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، وَزَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الجُهَنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّهُمَا قَالاَ: إِنَّ رَجُلًا مِنَ الأَعْرَابِ أَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَنْشُدُكَ اللَّهَ إِلَّا قَضَيْتَ لِي بِكِتَابِ اللَّهِ، فَقَالَ الخَصْمُ الآخَرُ: وَهُوَ أَفْقَهُ مِنْهُ، نَعَمْ فَاقْضِ بَيْنَنَا بِكِتَابِ اللَّهِ، وَأْذَنْ لِي، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قُلْ، قَالَ: إِنَّ ابْنِي كَانَ عَسِيفًا عَلَى هَذَا، فَزَنَى بِامْرَأَتِهِ، وَإِنِّي أُخْبِرْتُ أَنَّ عَلَى ابْنِي الرَّجْمَ، فَافْتَدَيْتُ مِنْهُ بِمِائَةِ شَاةٍ، وَوَلِيدَةٍ، فَسَأَلْتُ أَهْلَ العِلْمِ، فَأَخْبَرُونِي أَنَّمَا عَلَى ابْنِي جَلْدُ مِائَةٍ وَتَغْرِيبُ عَامٍ، وَأَنَّ عَلَى امْرَأَةِ هَذَا الرَّجْمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَأَقْضِيَنَّ بَيْنَكُمَا بِكِتَابِ اللَّهِ، الوَلِيدَةُ وَالغَنَمُ رَدٌّ، وَعَلَى ابْنِكَ جَلْدُ مِائَةٍ، وَتَغْرِيبُ عَامٍ، اغْدُ يَا أُنَيْسُ إِلَى امْرَأَةِ هَذَا، فَإِنِ اعْتَرَفَتْ فَارْجُمْهَا»، قَالَ: فَغَدَا عَلَيْهَا، فَاعْتَرَفَتْ، فَأَمَرَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَرُجِمَتْ
KELIMA: KEKELIRUAN TENTANG PEMANSUKHAN AYAT REJAM
5.1 Bagi menjawab isu Saidina Umar melaksanakan rejam, beliau mendatang hadith Umar yang menyatakan bahawa Umar melaksanakan hukum rejam kerana berpandukan ayat al-Quran. Lalu Wanji membawakan hadith berikut:
Matan penuh hadis ini adalah:
فَرَجَمَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ، فَأَخْشَى إِنْ طَالَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ أَنْ يَقُولَ قَائِلٌ: مَا نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللهِ فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللهُ، وَإِنَّ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللهِ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى إِذَا أَحْصَنَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ، إِذَا قَامَتِ الْبَيِّنَةُ، أَوْ كَانَ الْحَبَلُ، أَوِ الِاعْتِرَافُ ”
Menurut Wanji: “Dalam matan hadis ini, dikatakan Saidina Omar berkata bahawa rejam ada dalam kitabullah.”
5.2 Wanji bersikap selektif dengan memilih dalam perkara ini. Beliau memilih hadith yang menyatakan Umar melaksanakan hukum rejam kerana berpandukan al-Quran sedangkan terdapat juga hadith lain yang menunjukkan Saidina Umar bukan sahaja berhujah dengan al-Quran malah dengan perlakuan Rasulullah. Jelas dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari, Umar menyatakan bahawa tindakan beliau melaksanakan hukuman rejam adalah merujuk kepada perlakuan Rasulullah. Perkara ini dinukilkan oleh al-Imam al-Bukhari yang menyebutkan:
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ عُمَرُ: لَقَدْ خَشِيتُ أَنْ يَطُولَ بِالنَّاسِ زَمَانٌ، حَتَّى يَقُولَ قَائِلٌ: لاَ نَجِدُ الرَّجْمَ فِي كِتَابِ اللَّهِ، فَيَضِلُّوا بِتَرْكِ فَرِيضَةٍ أَنْزَلَهَا اللَّهُ، أَلاَ وَإِنَّ الرَّجْمَ حَقٌّ عَلَى مَنْ زَنَى وَقَدْ أَحْصَنَ، إِذَا قَامَتِ البَيِّنَةُ، أَوْ كَانَ الحَبَلُ أَوِ الِاعْتِرَافُ – قَالَ سُفْيَانُ: كَذَا حَفِظْتُ – أَلاَ وَقَدْ «رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ»
5.3 Perhatikan ayat terakhir yang disebutkan oleh Saidina Umar tersebut. Kata beliau:
أَلاَ وَقَدْ رَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجَمْنَا بَعْدَهُ
“Bukankah Rasulullah telah melaksanakan hukuman rejam, maka kami turut melaksanakan tindakan tersebut.”
5.4 Dengan berhujah dengan tindakan Rasulullah tersebut, ia membuktikan bahawa Umar berhukum adalah berpandukan tindakan Rasulullah juga dan hukuman tersebut masih lagi relevan bahkan diteruskan pula oleh Saidina Ali. Setelah itu ia dilaksanakan oleh salafussoleh selepas dari mereka.
KEENAM: ISU PERAWI SYIAH
6.1 Wanji tidak pernah menafikan hukuman sebat yang dijalankan oleh Saidina Ali. Perkara ini telah dinukilkan oleh beliau sendiri seperti yang direkodkan di dalam Sahih al-Bukhari.
حَدَّثَنَا آدَمُ [ص:165]، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا سَلَمَةُ بْنُ كُهَيْلٍ، قَالَ: سَمِعْتُ الشَّعْبِيَّ، يُحَدِّثُ، عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حِينَ رَجَمَ المَرْأَةَ يَوْمَ الجُمُعَةِ، وَقَالَ: «قَدْ رَجَمْتُهَا بِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
Daripada al-Sya’bi, daripada Ali ketikamana beliau melaksanakan hukuman rejam pada hari jumaat, Ali lalu berkata: Aku melaksanakan hukuman rejam ini adalah berdasarkan sunnah Rasulullah.
6.2 Jelas di sini maksud hadith itu memberikan kita bayangan bahawa para sahabat berhujah dengan sunnah Rasulllah. Mereka telah maklum tentang pemansukhan ayat rejam lalu mereka menyandarkan tindakan mereka berdasarkan sunnah Nabi.
6.3 Wanji kemudian berhujah bahawa perawi di dalam hadith al-Bukhari yang bernama SALAMAH bin KUHAIL ini telah dinilai sebagai perawi syiah dengan mengambil kira penilaian oleh al-Zahabi di dalam Siyar A’lam al-Nubala.
6.4 Wanji dilihat tidak jujur disini kerana hanya menfokuskan kepada kecenderungan perawi tersebut kepada syiah sedangkan lafaz tasyayyu’ tidak semestinya membawa maksud perawi tersebut adalah syiah. Ia hanyalah kecenderungan seperti lafaz yang digunakan kepada perawi lain.
6.5 Bahkan Wanji dilihat tidak jujur kerana menyembunyikan sifat siqah dan keimamam perawi yang bernama SALAMAH BIN KUHAIL ini. Berikut adalah kenyataan yang dinukilkan oleh al-Imam al-Zahabi, kitab yang dirujuk oleh Wanji sendiri:
سلمة بن كهيل بن حصين الإمام الثبت الحافظ
“Salamah ibn Kuhail ibn Husain adalah seorang Imam yang thabit dan hafiz
Dalam kitab yang sama (seperti yang dirujuk oleh Wanji), ramai Imam Hadith mengakui sifat alim Salamah ini. Antaranya ialah:
وقال أحمد بن حنبل : كان متقنا للحديث . وقال أحمد العجلي : تابعي ثقة ثبت في الحديث وفيه تشيع قليل ، وحديثه أقل من مائتي حديث . وقال أبو حاتم : ثقة متقن
“Kata Imam Ahmad: Salamah adalah seorang yang tekun dalam bidang hadith”
“Kata Imam Ahmad al-Ijli: Salamah adalah Tabie yang thabit dalam bidang hadith, namun dia cenderung kepada syiah sedikit dan hadithnya kurang dari 200”
“Kata Abu Hatim: Beliau adalah perawi yang siqah lagi bersungguh.”
6.6 Anehnya, Wanji tidak meletakkan sifat baik perawi bernama Salamah ibn Kuhail ini sebaliknya hanya memfokuskan kepada kecenderungan beliau terhadap syiah.
KETUJUH: DAKWAAN IJMAK
7.1 Wanji cuba menafikan ijmak ulama dengan membawakan kata-kata daripada Imam Ahmad yang sedikit pun tidak menyentuh persoalan tentang bab rejam ini. Sedangkan hukuman rejam ini adalah kesepakatan (ijmak) ulama terdahulu. Kata al-Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari:
وقال بن بطال أجمع الصحابة وأئمة الأمصار على أن المحصن إذا زنى عامداً عالماً مختاراً فعليه الرجم
“Dan berkata Ibn Battal, para sahabat telah bersepakat (ijmak), begitu juga dengan para Imam Fuqaha, bahawa mereka yang telah berkahwin sekiranya mereka berzina dengan sengaja maka hukuman ke atas mereka adalah rejam.”
7.2 Pandangan yang sama dinyatakan oleh al-Imam al-Nawawi di dalam Sharh Muslim. Beliau menjelaskan bahawa:
“أجمع العلماء على أن الرجم لا يكون إلاّ على من زنى وهو محصن،
“Para ulama telah bersepakat (ijmak) bahawa hukuman rejam tidak dilakukan melainkan ke atas mereka yang berzina dalam keadaan mereka sudah berkahwin.” (Sharah Sahih Muslim)
7.3 Begitu juga dengan al-Imam Ibn Qudamah menyatakan di dalam kitab beliau yang masyhur iaitu al-Mughni. Beliau menyebutkan:
“وجوب الرجم على الزاني المحصن رجلاً كان أو امرأة، وهذا قول عامة أهل العلم من الصحابة والتابعين ومن بعدهم من علماء الأمصار في جمع الأعصار، ولا نعلم فيه مخالفا إلا الخوارج
“Kewajipan merejam penzina yang telah berkahwin, samada lelaki maupun perempuan adalah pandangan kebanyakan ahli ilmu daripada sahabat, tabien dan ulama-ulama seluruh dunia selepas mereka. Tidak ada yang menafikan perkara ini melainkan kumpulan khawarij.” (Ibn Qudamah, al-Mughni).
8. Kekeliruan Wanji terhadap perbahasan ini semakin jelas iaitu:
a. Beliau memilih untuk menggunakan Usul Mazhab Hanafi dalam isu hadith ahad sedangkan majoriti ulama memilih menerima penghujahan hadith ahad.
b. Wanji memilih ayat ke 25 dari surah al-Nisa untuk menolak pengujahan hukuman rejam sedangakan Sheikh al-Sha’rawi dengan jelas menerangkan bahawa memang akan ada mereka yang akan menggunakan ayat ini untuk menafikan hukuman tersebut. Malah al-Qurtubi jelas memberikan tafsiran berhubung ayat ini bahawa hukuman bagi muhsan adalah rejam.
c. Wanji keliru dengan konsep rahmah. Ketegasan Rasulullah dilihat tidak rahmah malah hukum Allah disifatkan sebagai sadis.
d. Wanji bercanggah dengan dirinya sendiri apabila cuba menafikan hadith Ma’iz dangn hadith Abdullah ibn Aufa. Wanji menyatakan bahawa hadith ahad tidak boleh digunakan kerana bersifat zanni sedangkan riwayat Abdullah ibn Aufa ini adalah bersifat zanni.
e. Wanji keliru tentang penghujahan hukuman rejam yang dijalankan oleh Saidina Umar. Umar turut menggunakan sunnah Rasululullah sebagai hujah melaksanakan hukuman rejam.
f. Wanji dilihat tidak jujur ketika menyifatkan Salamah bin Kuhail sebagai perawi syiah. Sedangkan dalam kitab yang sama, al-Zahabi menceritakan kredibiliti Salamah yang disifarkan siqah, thabit, hafiz dan mutqin.
g. Wanji tidak menjawab isu ijmak bahawa melarikan fokus kepada kata-kata Imam Ahmad yang tiada kaitan dengan perbahasan asal.
Semoga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)