- Menurut al-Qadi Iyad, mencintai Rasulullah merupakan perkara yang wajib. Ia perlu diterapkan dalam jiwa setiap mukmin. Dan perintah mencintai Rasulullah ini merupakan arahan yang datang dari Allah sendiri. Firman Allah:
النَّبِيُّ أَوْلَىٰ بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنفُسِهِمْ ۖ وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ ۗ
“Nabi itu lebih utama dengan orang-orang yang beriman daripada diri mereka sendiri; dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka”
- Beberapa orang sahabat menampilkan contoh yang amat luar biasa dalam mencintai Rasulullah sehinggakan mereka disangkakan hilang akal kerana terlalu mencintai Rasulullah. Kata Raja’: أن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما كان يتبع أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم وآثاره وحاله، ويهتم به؛ حتى كان قد خيف على عقله من اهتمامه بذلك)
Sesungguhnya Saidina Abdullah bin Umar itu sangat mengikuti perintah Rasulullah dalam setiap jejak dan keadaan Baginda. Sehinggakan seakan-akan hilang pertimbangan akalnya dek kerana terlalu menekankan untuk mengikuti Rasulullah.” (HR al-Baihaqi) - Bukan itu sahaja, menurut Ibn Juraij, Saidina Abdullah bin Umar turut mengikuti tatacara pemakaian Rasulullah sehinggakan jubahnya diwarna dan sepatunya ditempah sepertimana yang dipakai oleh Baginda.
- Mengikuti sunnah Rasulullah merupakan manifestasi yang terbesar dalam kita mengingati dan menzahirkan rasa cinta kita kepada Rasulullah.
Salam Maulidur Rasul.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM