Kesungguhan salaf menuntut ilmu

 

1. CERITAKAN kepada anak-anak kita bahawa generasi salafussoleh terdahulu adalah contoh terbaik yang perlu dijadikan pedoman buat seorang Muslim dalam usaha menuntut ilmu.

2. al-Imam al-Bukhari meriwayatkan kisah Saidina Jabir bin Abdillah al-Ansari yang mengembara dari Madinah ke negeri Syam (yang jaraknya lebih kurang 1600 KM) selama sebulan semata-mata ingin mendengar satu hadis dari Abdullah bin Unais.

3. Begitu juga dengan kisah Umar bin Abdul Hakim al-Rawwasi, seorang perawi hadis yang mengembara dalam musim sejuk sehingga rosak jari-jemarinya. Kisah ini direkodkan oleh al-Imam al-Zahabi yang menceritakan:

سقطت أصابعُ عُمَر الرَّوَّاسيّ في الرحلة مِن البرد الشّديد

“ Telah gugur rosak jari-jemari beliau (Umar al-Rawwasi) ketika pengembaraan (menuntut ilmu) dalam musim yang sangat sejuk.” (Tarikh al-Islami)

4. Malah Hisham bin Ammar menjelaskan bahawa ayahnya berkorban menjual rumah demi membolehkan dirinya menuntut ilmu. Kata Hisham:

باع أبي بيتًا له بعشرين دينارًا وجهزني لطلب العلم والحج

“Ayahku telah menjual rumahnya bagi mendapatakn 20 wang dinar emas untuk mempersiapkan aku untuk menuntut ilmu dan menunaikan haji.”

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts