- Dalam isu peperangan Taufan al Quds yang sudah berlangsung 2 minggu, ulama dan asatizah perlu memainkan peranan meluruskan beberapa naratif masyarakat agar tidak terpedaya dengan diayah media barat yang menzalimi umat Islam.
- Paling kurang ada dua perkara yang masyarakat perlu mendapat pencerahan dari para ulama dan asatizah.
- PERTAMA; ada pihak yang menyalahkan Briged al Qassam yang dikatakan mereka lah yang memulakan serangan sehingga tindak balas pihak lawan menyebabkan kehilangan jiwa dan kemusnahan harta .
- Tiada isu Briged al Qassam memulakan serangan ke atas lawan kerana hakikatnya penduduk Palestine telah dijajah, dirampas, dibunuh, dihalau setiap hari sepanjang 75 tahun lalu semenjak 1917 lagi dan lebih agresif pada tahun 1948 melalui peristiwa Nakbah.
- Sebagai bangsa yang terjajah , mereka berhak untuk bangkit dan berjuang mengembalikan hak mereka , maka janganlah masyarakat terpengaruh dengan diayah media barat yang menggambarkan Briged al Qassam yang bersalah kerana memulakan serangan .
- KEDUA ; ada pihak yang menyalahkan Briged al Qassam kerana melakukan serangan dalam keadaan pada anggapan mereka asset tentera dikatakan tidak setanding dengan asset musuh sehingga tindakbalas musuh menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta yang tiada taranya dalam sejarah siri peperangan merebut al Quds.
- Masyarakat kena sedar bahawa usaha untuk melenyapkan negara Palestine dari peta dunia dan memandulkan semangat perjuangan umat Islam mengembalikan masjid al Aqsa telah dirancang dan dilaksanakan secara cukup teliti dan berstrategi dengan sokongan dan dokongan kuasa-kuasa besar.
- Bermula dengan pendudukan British 1917 , Nakbah 1948, Deal of the century , rundingan yang telah menghasilkan kejayaan pengiktirafan beberapa buah negara Arab terhadap Negara haram penjajah melalui proses normalisasi dan kemuncaknya ialah apabila Perdana Menteri mereka secara terbuka mengisytiharkan Rancangan baru The New Middle East di pentas PBB adalah usaha-usaha melenyapkan Palestin dari peta dunia, melenyapkan negara Palestin itu sendiri dan menguburkan semangat perjuangan mengembalikan hak Kiblat pertama kepada Umat Islam.
- Langkah yang dilakukan oleh Briged al Qassam adalah ijtihad intervensi untuk menyelamat maruah, mengangkat fardhu kifayah kepada umat Islam dalam berjihad daripada musuh bersenang lenang mencapai impian yang disebut di atas.
- Sepatutnya kita berterima kasih kepada Briged al Qassam dan para mujahidin yang lain sebagai wakil-wakil umat Islam seluruh dunia yang sanggup berkorban nyawa untuk mewakili kita menjaga air muka kita semua dan bukan mencelanya. Mereka adalah hero sebenar dalam jihad ini.
Dato Hj Zamri Hashim
Pengerusi Majlis Ulama Isma (MUIS)
Majlis Penasihat Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM