اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Hari ini kita semua adalah ibarat seorang petani yang akan menuai hasil tanamannya. Jika sejak dari awal ia menjaga tanamannya agar jangan rosak, maka hari ini ia akan tersenyum lebar kerana hasil tanamannya sangat lumayan. Tetapi jika usahanya sambil lewa sahaja maka akur lah hasilnya yang tidak seberapa.
Maka pada hari ini kita semua sedang menuai hasil ibadat yang telah kita jalani selama sebulan. Bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya, maka mereka bergembiralah pada hari ini tetapi bagi mereka yang menjalaninya sambil lewa, Ramadhan tahun depan belum tentu menemui kita kembali. Sabda Rasulullah SAW
“Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan, pertama ketika ia selesai melaksanakan ibadah puasanya dan yang kedua ketika ia menemui Allah nanti. (HR Muslim )
Tiliklah diri masing-masing, ada atau tidak petanda-petanda kita bakal gembira nanti apabila bertemu dengan Allah SWT. Cerminlah diri masing-masing, bagaimana hubungan kita dengan al Quran, bagaimana hubungan kita dengan masjid dan surau, bagaimana hubungan kita sesama muslim, masih sombongkah kita, masihkah kita terhalang dengan orang lain disebabkan tembok-tembok pangkat, gelar dan darjat, haluskah hati kita menapis perkara halal dan haram dalam kehidupan dan hartabenda? Semua perkara ini hasil-hasil tuaian yang kita dapat rasai secara pantas seusai sahaja tamat bulan Ramadhan. Jika hasil yang kita tuai adalah buah-buah yang rosak , maka tadahlah tangan agar Allah mengampuni segala kecuaian kita walaupun telah berkali-kali Ramadhan hadir dalam hidup ini dan kita memohon agar Allah jangan murkai kami.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ
Sidang jemaah sekelian,
Ramadhan mengajar kita “KEBERSAMAAN DALAM MENJUNJUNG PERINTAH ALLAH.” Seorang rakyat selama-lamanya tidak mampu menjadi seorang raja. Seorang perempuan selama-lamanya tidak boleh menjadi seorang lelaki. Si miskin sudah tentu tidak serupa dengan si kaya. Seorang pemimpin sudah tentu tidak sama dengan yang dipimpin. Tetapi raja dan rakyat, lelaki dan perempuan,miskin dan kaya, pemimpin dan pengikut boleh bersama dalam satu aspirasi dan tujuan. Tembok-tembok perbezaan itu telah diruntuhkan oleh ibadat yang sama-sama telah kita laksanakan di dalam bulan Ramadhan yang lalu. Ini lah bentuk perpaduan yang diidam-idamkan oleh kita tetapi malangnya ia bertahan hanya sebentar. Semasa umat Islam masih sama-sama berpuasa, Qatar dipencilkan oleh jiran-jiran Arab Muslimnya, kebersamaan umat Islam di Malaysia juga diuji dengan provokasi secara terancang sambutan Jubli Emas Penubuhan Negara Haram Israel.
Jika di pihak Islam, kita berhadapan IS yang menyalahgunakan nama Islam dan jihad, di pihak Kristian dalam negara pula kita berhadapan dengan ancaman pelampau-pelampau Kristian.
Telah banyak media mendedahkan tentang hasutan kumpulan evangelis radikal yang sejak hampir 20 tahun menyemai semangat untuk menukar negara Islam Malaysia kepada Negara Kristian. Ini termasuk hasutan menjadikan Malaysia sebagai negara “Golden Gate” yang bernaung di bawah kuasa pemerintahan Jerusalem sepertimana yang sering diucapkan oleh pelampau evangelis dari dalam dan luar negara,
Golongan yang mempromosi kemungkaran di dalam kalangan orang beriman pula sudah lama mengamalkan kebersamaan dalam tindak kerja mereka, memaksa negara-negara dunia menghalalkan kahwin sama jantina dan mempunyai jaringan yang kukuh seluruh dunia mempromosi usaha mereka dengan cukup terancang. Tatkala perasmian masjid besar liberal di Jerman, golongan gay di Malaysia mengadakan iftar secara terbuka. Sedangkan umat Islam yang sama-sama berpuasa berperang sesama sendiri pula dalam memberikan persepsi terhadap fenomena ganjil ini setelah sebelum ini bertelagah pandangan dan tindakan untuk memperkasa hukuman sedia ada.
Di sudut lain pula, umat Islam di Malaysia masih tidak mampu bersama walaupun didedahkan secara terang-terangan, secara berdokumen, niat menukarkan status agama negara ini kepada agama lain. Walhal mempromosi nilai-nilai yang bertentangan dengan agama adalah dilarang di dalam al Quran juga di larang oleh undang-undang negara.
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَـٰحِشَةُ فِى ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang suka mempromosi perkara-perkara keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).(QS al Nur :19)
Perkembangan realiti semasa di tanah air dan luar negara menuntut kita agar mengekalkan semangat kebersamaan itu walaupun dengan berakhirnya Ramadhan. Ini tanah air kita, biar kita yang mengendalikannya. Islam agama negara kita maka jangan kita dedahkan kemurkaan Allah setelah kita menikmatinya . Sama-sama menyinsing lengan , bahu membahu menghadapi terjahan mega gelombang deras yang membadai inti-inti ajaran Islam, cuba meruntuh institusi yang menjaga Islam bahkan menjalar kepada menyentuh Ketua Agama Islam. Jangan pula ada, walau seorangpun daripada kita yang sama-sama berpuasa di dalam bulan Ramadhan yang lalu cuba mengecualikan diri dan merasa diri sangat istimewa dari menyertai angkatan orang-orang Islam memperkasakan Islam dan membela Islam apabila ia dihina. Hanya sebagai penonton di tepi gelanggang pertembungan hak dan batil. Kejayaan tidak mungkin di capai hanya dengan melihat. Jack Ma – pengasas syarikat Alibaba pernah ditanya : Why you can be successful so easily?: Dia menjawab : I am doing but you still looking !
Hidup ini kalau bukan hendak membela Islam, apakah bezanya kita dengan mahkluk yang lain bak kata Buya Hamka : Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja.
أَمۡ تَحۡسَبُ أَنَّ أَڪۡثَرَهُمۡ يَسۡمَعُونَ أَوۡ يَعۡقِلُونَۚ إِنۡ هُمۡ إِلَّا كَٱلۡأَنۡعَـٰمِۖ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ سَبِيلاً
Atau apakah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar dan memahami, mereka itu tidak lain hanyalah seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat jalannya dari binatang ternak itu.” (Al-Furqan, 25: 44)
Dalam keadaan agama Islam ini dihina, umat Islam pula sentiasa dikandangkan sebagai orang yang salah dan mengalah. Justeru janganlah ada di kalangan kita yang sama-sama beribadah di dalam bulan Ramadhan yang lepas tidak langsung rasa cemburu dan marah.
Kita juga patut terasa apabila mendengar sindirin Buya Hamka terhadap bangsa Indonesia untuk membangkitkan kesedaran mereka suatu masa dulu :
“Orang yang beriman akan tersinggung jika agamanya dihina, bahkan agamanya itu akan didahulukan daripada keselamatan dirinya sendiri. Ini pertanda masih adanya ghiroh(cemburu) didalam dirinya. Bangsa penjajah pun telah mengerti tabiat Umat Islam yang semacam ini. Jika agamamu, nabimu, kitabmu dihina dan engkau diam saja, jelaslah ghiroh(cemburu) telah hilang darimu.
Tambah Buya Hamka lagi, “Jika ghiroh(cemburu) tidak lagi dimiliki oleh bangsa Indonesia, niscaya bangsa ini akan mudah dijajah oleh asing dari segala sisi. Jika ghiroh(cemburu) telah hilang dari hati, gantikan baju mu dengan kain kafan.“
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ
Sidang jemaah sekelian,
Bagi sesetengah orang bukan senang untuk rasa bersama dengan orang lain. Pangkat, kedudukan, status sosial, harta kekayaan, tahap akademik menjadi tembok-tembok kukuh yang menghalang semangat kebersamaan terus subur sesama umat Islam.
Dan terdapat satu lagi halangan yang manusia warisi dari seteru tradisi mereka iaitu perasaan sombong. Firman Allah :
وَإِذۡ قُلۡنَا لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat:”Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir. Al-Baqarah 34
Nabi SAW menegaskan orang yang takabbur dan ego tidak akan masuk syurga.
“Tidak akan masuk syurga sesiapa yang masih ada di dalam hatinya sebesar zarah perasaan ego. Berkata seorang lelaki: Adakah dikira sebagai ego jika seseorang itu suka memakai pakaian dan kasutnya yang baik-baik. Sabda Nabi SAW : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan sedangkan Takabbur dan ego itu ialah menolak kebenaran dengan penuh kesombongan dan menghina manusia lain.”
Inilah cabaran besar untuk sentiasa rasa hidup bersama dan berusaha bersama-sama memenangkan agenda Islam iaitu SOMBONG.
Mereka yang masih beria-ia mengekalkan status quo, kekal di dalam tempurung ego takrifan Nabi SAW iaitu menolak kebenaran dengan penuh keangkuhan dan mempeleceh manusia lain , bukan setakat diancam oleh Nabi tidak masuk syurga bahkan mewujudkan neraka-neraka kecil di atas muka bumi ini.
Sepatutnya lantunan takbir hari raya Allahu Akbar- Allah Maha Besar yang kita ulang-ulang akan menjadikan kita rasa kerdil walaupun apa pun kedudukan kita. Demi Allah Yang Maha Besar kita WAJIB leburkan keegoan kita . Kita bersama-sama membesarkan Allah SWT.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ،
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلله ِالْحَمْدُ
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً.
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا.
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالاَهُ. أَمَّا بَعْدُ.
فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
KHUTBAH KEDUA
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّةٍ۬ وَمِن رِّبَاطِ ٱلۡخَيۡلِ تُرۡهِبُونَ بِهِۦ عَدُوَّ ٱللَّهِ وَعَدُوَّڪُمۡ وَءَاخَرِينَ مِن دُونِهِمۡ لَا تَعۡلَمُونَهُمُ ٱللَّهُ يَعۡلَمُهُمۡۚ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَىۡءٍ۬ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ يُوَفَّ إِلَيۡكُمۡ وَأَنتُمۡ لَا تُظۡلَمُونَ
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (Al-Anfal 60)
(MASUKKAN DOA KHUSUS UNTUK DYMM YANG DIPERTUAN AGONG / DOA UNTUK SULTAN NEGERI-NEGERI)
Ya Ghaffar, Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun ,jika di antara kami ada hamba-hamba mu yang berdosa, ampunilah dosa –dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami , dosa pemimpin-pemimpin kami, dosa sekelian yang hadir hari ini dan dosa seluruh muslimin dan muslimat. Janganlah engkau balas semua kecuaian kami ketika diamanahkan menjaga agama kami.
Ya Syaafi, Wahai Tuhan Yang Maha Menyembuhkan Penyakit , jika di antara kami ada hamba-hamba mu yang sakit , sembuhkanlah ya Allah penyakit-penyakit kami samada penyakit itu penyakit jasmani seperti darah tinggi, sakit jantung , kencing manis mahupun penyakit-penyakit hati seperti sombong, riya’, suka dipuji, keras hati terhadap kesusahan orang lain, suka bermewah-mewah.
Ya Muqalliba al qulub, Tuhan Yang membolak balikkan hati, tukar kan lah hati kami kepada hati-hati yang lebih sayangkan Islam, lebih dari istana dan rumah-rumah kami, sayangkan Islam melebihi daripada menyayangi kedudukan pangkat dan darjat kami kerana kami insaf akhirnya Islamlah yang akan menjadikan lubang-lubang kubur kami menjadi istana-istana indah ataupun lubang-lubang ngeri dari lubang neraka.
Ya Ghaniy, Wahai Tuhan Yang Maha Kaya, bersihkanlah setiap sen harta kami daripada harta yang kami perolehi secara haram apatah lagi jika harta itu adalah hak orang lain.
www.indahnyaislam.my