Khutbah Arafah akan diterjemah dalam 50 bahasa, lebih 1 bilion mengikutinya

Pengerusi Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi mengumumkan pada Rabu bahawa khutbah Arafah bakal diterjemahkan dalam 50 bahasa.

Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan bahawa insiatif yang diterajui oleh Penjaga Dua Masjid Suci iaitu Raja Salman Abdulaziz Al-Saud adalah projek seumpamanya yang terbesar di dunia.

Projek penterjemahan khutbah Arafah ini dimulakan pada tahun 2018 di mana ketika itu hanya lima bahasa sahaja yang ditawarkan.

Lonjakan daripada lima kepada 50 bahasa penterjemahan ini mencerminkan kesungguhan kerajaan Saudi untuk menyebarkan mesej kesederhanaan dan nilai Islam secara global.

Pada Ahad lalu, Majlis Pengerusi Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menjangkakan lebih 1 bilion pendengar dan penonton akan mengikuti khutbah Arafah tahun ini.

Ini merupakan peluang terbaik untuk memupuk pemahaman yang lebih baik mengenai Islam dan mempromosikan mesej keamanan menerusi khutbah Jumaat.

Hari Arafah, atau turut disebut sebagai Hari Wukuf, merupakan kemuncak ibadah haji buat umat Islam yang menunaikannya. – Astroawani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts