MAKKAH – Penjaga Dua Kota Suci bersetuju menjadikan bahasa Melayu sebagai terjemahan secara langsung ketika khutbah Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah.
Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman Abdul Aziz Al-Sudais berkata, khutbah Jumaat dalam bahasa Melayu itu juga akan diadakan di Padang Arafah ketika musim haji.
“Berita baik buat rakyat Malaysia iaitu Penjaga Dua Kota Suci bersetuju melaksanakan projek terjemahan secara langsung khutbah dalam bahasa Melayu.
“Bahasa Melayu adalah satu daripada 10 bahasa yang disenaraikan dalam projek ini. Kita harap ia dapat memanfaatkan jemaah Malaysia dan besar maknanya terhadap Malaysia,” katanya.
Beliau yang juga Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci di Arab Saudi memuji Malaysia, Tabung Haji dan jemaah Malaysia yang disifatkannya sebagai istimewa.
Katanya, Islam di Malaysia adalah contoh unik bagi seluruh dunia.
“Kami amat menghargai peranan Tabung Haji yang mengendalikan urusan secara amat sistematik dan menjadi contoh terhadap semua agensi haji negara lain.
“Jemaah Malaysia sangat berhemah dan menjaga tatatertib ketika berada di Tanah Suci,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)