MALAM-malam sebak doakan Dr Zakir Naik. Saya sangat sayang dan hormat pada beliau yang kuat berdakwah siang malam. Penat berhabisan dakwah ke sana sini. Berat ujiannya. Diancam dan disusahkan di negara sendiri kerana dakwah. Kini rahmat Allah, beliau berada di negara kita. Allah tidak berhajat kepada sesiapa. Maha suci Allah. Kita berhajat pada rahmat dan kasih sayang Allah.
Jadilah pembantu agama Allah. Kita terhutang budi padanya kerana beliau menjalankan dakwah Islam pada semua. Saya tak mampu buat sepertinya. Dakwah tanggungjawab kita semua. Mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran merupakan satu perintah Allah yang sangat besar. Kebaikan terbesar ialah Laa ilaha ilallah. Maksiat terbesar mensyirikkannya. Tidak kenal tuhan. Ya Allah jagakanlah beliau dan keluarganya.
Ya Allah berilah hidayah pada menteri dan musuh-musuh yang menentangnya. Sedih luka hati bila orang Islam yang diberi kuasa ada yang suruh beliau balik. Janganlah pernah mengusir orang berdakwah. Dan jangan halang kerja dakwah atau ceramah mengajak pada Allah dengan bukti yang jelas dan nyata. Yang menyeru kepada Allah siang malam.
Jadilah pembantu agama Allah. Takutlah azab dan kemurkaan Allah. Lihatlah sejarah dulu buat yang membantu agama Allah dan yang menentangnya. Tiadalah yang lebih besar dan lebih utama lebih dari Redha Allah. Dialah Raja dan Pemilik segala-galanya. Allah Maha Berkuasa.
Ebit Lew
Sumber: https://web.facebook.com/ebitlew/posts/2375944142523855
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)