Kita wajib pertahan Zakir Naik sebagai saudara seaqidah

 

1) SEBAGAI saudara seaqidah, kita wajib sokong dan mempertahankan beliau di Malaysia kerana nyawanya tidak selamat di banyak negara lain terutama India. Ini prinsip asas yang terpakai terhadap semua individu Muslim apatah lagi beliau yang merupakan ikon dakwah yang amat berpengaruh di dunia.

2) Jelas pihak yang inginkan beliau diusir keluar amat berniat jahat dan bencikan dakwah Islam yang dilakukan beliau. Sebahagian pihak ini kini berada di tampuk kuasa, jadi mereka sebenarnya mampu melakukan pelbagai tindakan untuk mematikan dakwah beliau.

3) Sudah tentu status beliau sebagai rakyat India yang diberikan perlindungan sementara oleh kerajaan Malaysia tidak sama dengan status rakyat Malaysia berbangsa Cina yang merupakan warganegara. Banyak kenyataan seputar isu ini yang membuat perbandingan yang silap dan tidak tepat tentang perkara ini.

 

 

4) Elakkan terma halau menghalau dan sentimen perkauman serta semangat kepartian dalam mendepani isu ini. Umat Islam harus memberikan fokus terhadap perpaduan dan persepakatan dalam mempertahankan Dr Zakir Naik dalam isu ini.

5) Method perbandingan agama secara diskusi ilmiah aman yang dilakukan beliau amat bertepatan dengan perlembagaan dan identiti negara, malah jika dilihat dari kacamata kebebasan bersuara yang diperjuangankan oleh golongan liberal (yang ramai memusuhi beliau) Dr Zakir Naik masih berada di landasan yang benar.

6) Ironiknya musuh-musuh beliau yang memperjuangkan kebebasan dan keterbukaan pula jadi amat tertutup dan jumud dalam isu ini.

7) Moga Allah s.w.t mempermudahkan urusan beliau dan menunjukkan yang benar itu benar serta mengalah tentera Ahzab yang amat membenci tersebarnya agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Ameen.

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
2 comments
  1. Semestinya kami bersama. Cuma sedikit terkilan dgn segelintir kelompok yg berterusann main sentiment perbezaan fikrah utk tidak menyokong Dr ZN. Sehingga lupa siapa sebenarnya musuh dlm gerak kerja Islam ini.

    Usahlah melampau kebencian sehingga seolah2 mengiyakan dakwaan kuffar yg cukup bencikan Islam terhdp Dr ZN.

    Tahniah Mufti Pahang, atas contoh teladan bila berdepan dgn musuh yg pasti. Sikap terpuji di tonjolkan atas dasar ukhuwah islamiyah.

  2. Musuh kita sekarang ialah mereka yg menkhianati umat islam yang cintakan ugama. Mereka merasa megah dan mendabik dada sbb tiada siapa yg berani untuk menegur dan melawan pendapat mereka walau apa yg mereka katakan adalah salah, mereka megah dengan kuasa,maksiat dan tipu muslihat serta pembohongan. Kebodohan dan kelemahan mereka sentiasa ditutup tapi yang bercakap benar akan dianiaya.
    Jadikan lah iktibar kepada kita semua untuk mengasihi saudara seagama kita dan pilihlah pemimpin yang mengasihi ugama utk memimpin kita supaya selamat didunia dan akhirat dan bukan memilih pemimpin yg memusuhi agama kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts