ISLAM itu rahmat bagi sekalian alam (rahmatan lil ‘alamin), itu fakta dan hakikat, tiada orang Islam yang menafikannya.
Yang menjadi masalah adalah penyalahgunaan konsep ini untuk mengubah citra Islam, mengambil daripada Islam apa yang disukai dan menolak apa yang tidak disukai, berdasarkan pemikiran yang sekular, liberal atas nama kononnya progresif dan moderat.
Apabila Islam ditafsirkan mengikut hawa nafsu, kepada pelaku zina, liwat (atas alasan dosa peribadi), aktivis fahaman sesat, penghina agama, penghina Nabi kamu katakan jangan ganggu mereka biarkan saja kerana Islam itu rahmat.
Sedangkan Islam agama negara dan ada undang2 yang memelihara kesucian agama Islam. Bahkan Nabi yang rahmah itu juga telah menghukum Yahudi yang khianat kepada perjanjian yg dimaterai mereka dengan umat Islam.
Maka pentafsiran Islam yang sedemikian sebenarnya bukan Islam rahmatan lil ‘alamin melainkan ‘Islam’ ’rahmatan’ li al-zalimin, ia pada hakikatnya bukan Islam dan bukan rahmat yang dibawa oleh Rasulullah, tetapi kekeliruan yang dibungkus dengan simbol agama.
Profesor Madya Dr. Khalif Muammar A Harris
Pengarah CASIS UTM
Sumber: https://web.facebook.com/drkhalif/posts/2682749125078340
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)