Korban untuk dekat dengan Allah

  1. Perkataan korban dalam al-Quran memberikan petunjuk bahawa ia adalah satu usaha manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah. Menurut kamus al-Ma’ani, perkataan korban diambil dari kata akar Qariba (قَرِبَ) yang membawa maksud dekat. Firman Allah:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa. (Surah al-Maidah: 27)

  1. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa makna korban ialah sesuatu yang dilaksanakan bagi mendekatkan diri dengan Allah:

والقربان: اسم لما يتقرب به إلى الله- تعالى- من صدقة أو غيرها

“dan perkataan Korban itu adalah nama (perkataan yang digunakan) untuk mendekatkan diri dengan Allah daripada sedekah (sumbangan) atau yang lainnya.” (Tafsir al-Tantawi)

  1. Perhatikan juga dipenghujung ayat ini dimana Allah menjelaskan bahawa korban bukan sekadar untuk mendekatkan diri dengan Allah tetapi yang lebih utama adalah korban yang diterima adalah daripada orang-orang yang bertakwa.
  2. Apa jua sedekah yang kita lakukan, biarlah ianya memusatkan hati hanya untuk Allah, membina jiwa dan ketakwaan kepada Allah. Sumbangan bukan kerana manusia atau populariti dunia yang hanya sementara.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts