Masa depan orang Melayu dan umat Islam di bumi sendiri adalah dengan kembali bertaut kepada agama dengan berpaksikan aqidah, ukhuwah Islamiyah dan pembinaan kekuatan dalam semua aspek sistem kehidupan di dunia global yang kompleks dan sangat mencabar.
Adakah di sana jalan keluar ke arah pembinaan kembali kejayaan buat agama, bangsa dan negara tanpa kesatuan dan permuafakatan di kalangan pemimpin umat ?
Kalau tidak, kita hanya sekadar menjadi pemerhati dan tukang sorak kepada permainan badut-badut politik semata-mata sejak bertahun-tahun.
Di sana ada kuasa-kuasa ghaib yang hadir bersama pelbagai umpanan yang menggiurkan para badut.
Ya, ini hanyalah retorik.
Namun, adakah kita harus mengulangi kesilapan-kesilapan yang sama di masa depan ?
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)