Kuasa-kuasa besar menyerang Islam

 

Hakikatnya saat ini, kuasa-kuasa besar sedang membunuh dan menghancurkan umat Islam. Terang-terangan, satu umat ke satu umat, habis-habisan. Saat ini, Amerika cuba mengepung dan menyembelih umat Islam di bandaraya Mosul, Iraq dengan bertopengkan tentera kerajaan Syiah Iraq.

Manakala Rusia pula membedil masyarakat awam di bandar raya Aleppo (Halab), Syria dengan bertopengkan tentera kerajaan Syiah Syria.

Ia bukan lagi perang saudara sesama penduduk dalam sebuah negara. Ia adalah perang kuasa-kuasa besar dunia ke atas masyarakat awam Islam dengan tujuan melenyapkan mereka sama sekali dari alam wujud kerana pegangan dan akidah Islam mereka.

Jika usaha Barat dan Timur mengkristian atau mengliberalkan umat Islam gagal, maka mereka akan mengisytihar perang, bersenjata habis-habisan untuk menghapuskan jasad-jasad umat pilihan Allah swt ini.

Firman Allah swt :

وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّىٰ يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا ۚ وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ وَأُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

” Dan mereka (orang-orang kafir itu) akan terus memerangi kamu hingga mereka memurtadkan kamu dari ugama kamu kalau mereka mampu (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya)”.

Menjadi kewajipan umat Islam disaat ini untuk membantu saudara saudari mereka se-Islam dengan jihad harta, nyawa, jiwa, pena, lisan dan masa. Umat Islam seperti satu badan. Jika satu anggota sakit, seluruh badan akan demam dan berjaga malam.

Ya Allah, menangkan Islam dan umat Islam di seluruh pelusuk bumiMu. Satukan hati dan saff mereka.

Jauhkan mereka dari kelemahan, perpecahan, perseteruan sesama mereka dan kehancuran.

Engkaulah Tuhan yang menurunkan Kitab dan Tuhan Yang mengalahkan tentera Al-Ahzab. Sungguh Engkau berkuasa atas tiap sesuatu. Ameen.

Ustaz Abdul Halim Abdullah

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts