PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan kuliah dan solat Duha diadakan di masjid serta surau, bermula hujung minggu ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tidak ketinggalan kelas mengaji dan fardu ain juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau.
“Pun begitu kebenaran ini tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut saiz dan kapasiti masjid dan surau,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, masjid dan surau juga dibenarkan mengadakan tazkirah sebelum solat Jumaat tertakluk kepada SOP yang ditetapkan bermula Jumaat ini (3 Julai).
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)