BAITULMAQDIS– Jentolak Israel didapati memusnahkan penempatan Palestin di selatan Nablus yang diduduki pagi ini, sebagai salah satu usaha memperluas penempatan haram Yahudi.
Salah seorang pegawai Palestin yang bertanggungjawab atas urusan penempatan di Tebing Barat Utara, Ghassan Daghlas berkata, tindakan itu dilakukan sehari selepas rejim Zionis dan penduduk haram menghalang penduduk kampung Jalud merebut kembali tanah milik mereka dan pembinaan jalan pertanian.
Awal tahun ini, Israel melalui projek penempatan Shvut Rachel merancang untuk membina 204 unit rumah haram secara berperingkat.
Israel kerap memberi alasan bahawa pemusnahan penempatan Palestin kononnya disebabkan tiada permit pembinaan, namun pada masa sama, penduduk Yahudi terus memperluaskan penempatan haram.
Kira-kira 650,000 penduduk Yahudi tinggal di penempatan haram yang dibina di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki sejak 1967, di mana kesemua penempatan itu melanggar undang-undang antarabangsa. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
https://www.billplz.com/indahnyaislam
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)