RAMALLAH – Hanya kerana mendekati tentera dengan palang besi, seorang penduduk Palestin di Tebing Barat maut dibunuh askar negara pengganas Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata, insiden pembunuhan itu berlaku semalam di Tebing Barat yang diduduki.
Sebilangan penduduk tempatan menjelaskan lelaki yang dibunuh di pintu masuk ke kampung Beita berhampiran bandar Nablus sebagai tukang paip berusia 41 tahun yang pulang dari tempat kerja ketika dia ditembak mati.
“Tidak ada gangguan di sana pada masa itu,” kata penduduk tempatan.
Jurucakap tentera pengganas Israel mendakwa, warga Palestin yang membawa palang besi tu, telah ‘mara dengan pantas’ ke ke arah tentera walaupun mereka melepaskan tembakan amaran di udara.
“Ketika suspek terus maju, komander melepaskan tembakan ke arah suspek,” katanya sambil menambah kejadian itu akan disiasat.
Tebing Barat antara wilayah rakyat Palestin mencari kenegaraan.
Keganasan berlaku di sana sejak perbincangan yang ditaja Amerika Syarikat (AS) antara Palestin dan Israel terhenti pada tahun 2014. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)