Lagi rakyat Palestin ditembak mati rejim Israel

 

TEBING BARAT – Seorang rakyat Palestin ditembak mati oleh rejim Israel ketika pertembungan berhampiran bandar Nablus di Tebing Barat, kata sumber Kementerian Kesihatan dan Keselamatan Palestin.

Katanya, pertembungan berhampiran sebuah pos tentera itu tercetus apabila penduduk Israel yang berada di dalam sebuah kenderaan cuba menyeberangi kumpulan rakyat Palestin, sebelum rejim itu melepaskan tembakan.

Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti identiti rakyat Palestin yang terbunuh itu sebagai Muataz Bani Shemsay, 23, yang berasal dari sebuah kampung berhampiran Nablus.

Katanya, mangsa mati ditempat kejadian selepas ditembak di kepala. Seorang jurugambar agensi antarabangsa, AP turut mengalami kecederaan dalam serangan tembakan itu.

Ratusan rakyat Palestin berhimpun di pusat pemeriksaan tentera Israel di Huwara, selatan Nablus. Ia sebagai menyokong ratusan banduan Palestin di penjara Israel yang melancarkan mogok lapar sejak 17 April lalu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts