JAKARTA – Sebuah universiti Islam di Indonesia dikritik aktivis dan kumpulan agama, semalam selepas ia melarang pelajar perempuan memakai purdah dengan alasan bimbang terhadap penyebaran ideologi radikal di kampus.
Universiti Islam Negeri (UIN) di Yogyakarta di Pulau Jawa berkata, 41 pelajar memakai burqa akan diberi sesi kaunseling dan diminta membuka purdah jika mereka mahu menamatkan pengajian.
Susulan tindakan itu, gerakan konservatif, Front Pembela Islam (FPI) menganggap ia sebagai ‘tidak masuk akal’ dan bertentangan dengan usaha untuk memelihara kepelbagaian di negara tersebut.
Sementara itu, aktivis hak asasi wanita menyifatkan larangan itu tersebut sebagai cubaan untuk mengehadkan kebebasan wanita untuk memilih pakaian mereka.
“Memakai purdah adalah pilihan individu, Kita tidak boleh campur tangan kerana ia adalah sebahagian daripada hak kebebasan mereka,” tegas aktivis, Lathiefah Widuri Retyaningtyas.
Rektor universiti, Yudian Wahyudi dalam satu kenyataan memberitahu, pemakaian burqa adalah satu bentuk radikalisasi.
“Pemakaian seperti itu mengganggu proses pembelajaran. Kita sedang meletakkan Islam sederhana ke hadapan. Polisi seperti itu adalah satu langkah pencegahan untuk menyelamatkan pelajar,” jelasnya.
Ujarnya lagi, pelajar masih dibenarkan memakai tudung asalkan ia tidak menutup muka mereka.
Tinjauan terbaharu menunjukkan hampir satu perlima pelajar sekolah tinggi dan penuntut universiti menyokong penubuhan ‘negara khalifah’.
Data tersebut, sekali gus mencetuskan kebimbangan pihak berkuasa yang kini sedang bergelut untuk memerangi pengaruh kumpulan ekstremis di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu. – Sinar Harian
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)