BAITULMAQDIS – Lebih 100,000 umat Islam Palestin menyambut Hari Raya Aidiladha di perkarangan Masjid al-Aqsa di sini semalam, menurut agensi berita WAFA.
Para jemaah mula berjalan ke perkarangan Masjid al-Aqsa pagi semalam bagi menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah.
Bagaimanapun, pihak berkuasa penjajah Israel melarang mereka memasuki perkarangan Al-Aqsa, menyebabkan kebanyakan jemaah menunaikan solat sunat fi di sekitar Bab al-Asbat.
Masjid al-Aqsa adalah tempat suci ketiga di dunia bagi umat Islam, yang turut dituntut Yahudi kerana mendakwa kawasan itu sebagai ‘Temple Mount’ – lokasi dua kuil pada zaman dahulu.
Negara pengganas Israel menjajah Baitulmaqdis Timur ketika perang Arab-Israel 1967.
Rejim kemudian merampas seluruh bandar itu pada tahun 1980 dalam gerakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. – Agensi
www.indahnyaislam.my
—-—
Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:
www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam
PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)