Lebih 14,000 sertai solat jenazah Muhammad Ali

3518B01000000578-3633540-image-a-109_1465489825948-1-768x481

 

LOUISVILLE, Jumaat – Lebih 14,000 orang hadir menyertai solat jenazah legenda tinju dunia, Muhammad Ali hari ini di kampung halamannya di Louisville, Kentucky.

Ali yang terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang, sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia dilaporkan meninggal dunia Jumaat lalu di hospital Arizona.

Beliau menghabiskan masa di hospital pada tahun 2014 selepas mengalami radang paru-paru dan sekali lagi dimasukkan ke hospital pada 2015 untuk jangkitan saluran kencing.

Penyakit Parkinson’s yang dihidapi Allahyarham dipercayai berpunca dari ribuan tumbukan ketika beliau membina nama dalam sukan tinju, yang menyebabkan masalah bertutur buat dirinya.

Tokoh Pendidik Muslim University of Southern California Sherman Jackson berkata, pemergian Muhammad Ali menjadikan kami semua kesunyian di dunia.

“Sesuatu yang kukuh, sesuatu yang besar, indah dan kekuatan hidup sudah tertinggal di dunia ini,” katanya.

Sherman turut memuji Ali kerana bertanggungjawab menaikkan maruah kaum kulit hitam semasa dan selepas revolusi hak awam pada 1960-an.

Selain itu dikatakan ramai pula yang terpikat dengan Ali kerana menjadikan Islam lebih diterima di Amerika Syarikat dan menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.

 

35191E2800000578-3633540-image-a-153_1465496335766-768x496

 

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/06/lebih-14000-sertai-solat-jenazah-muhammad-ali/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts