Lebih 2,000 amil dilantik untuk Ramadan di Sabah

TAWAU  – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) melantik 2,200 wakil amil di seluruh negeri itu untuk memungut zakat fitrah sepanjang Ramadan ini, kata Timbalan Yang Dipertuanya, Malai Ali Malai Ahmad.

Katanya pelantikan itu bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan zakat fitrah di negeri ini.

“Umat Islam di Sabah dinasihatkan membayar zakat fitrah kepada wakil amil yang telah dilantik. Mereka ini akan bertugas di masjid, surau, pasar raya, depan kedai serta rumah wakil amil.

“Daripada jumlah itu, lebih 100 amil dilantik bagi kawasan Apas, Balung, Sri Tanjong serta Kalabakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Malai Ali berkata tahun lepas lebih RM10.9 juta zakat fitrah Ramadan dikutip dan lebih RM9.6 juta diagihkan kepada asnaf di negeri ini.

Menurutnya pada tahun ini pengagihan zakat kepada asnaf ditetapkan sebanyak RM300 seorang. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts