Lebih 70 kebakaran meletus di Turki

 

ANKARA– Angka kematian akibat kebakaran di Turki meningkat kepada empat orang tatkala ribuan anggota bomba dikerahkan memadam kebakaran.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, lebih dari 70 kebakaran meletus minggu ini di wilayah-wilayah di pantai Aegean dan Mediterranean Turki serta kawasan pedalaman.

Bercakap kepada wartawan di Istanbul, beliau berkata, sebanyak 45 helikopter digunakan dalam usaha memadam kebakaran hutan yang masih ada.

“Pesawat dari Russia dan Ukraine membantu memadamkan api dan satu lagi dari Azerbaijan,” katanya.

Kerajaan Turki memberitahu, 57 daripada kebakaran itu telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada Jumaat pagi.

Menteri Pertanian, Bekir Pakdemirli berkata, kebakaran meletus di enam wilayah.

Katanya, kebakaran masih marak di wilayah peranginan Antalya dan wilayah resort Aegean, Mugla.

Pihak berkuasa memberi amaran untuk mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memulakan kebakaran.

Rakaman yang dimuat naik di media sosial dan televisyen negara itu menunjukkan penduduk berlari menyelamatkan diri meredah kepulan asap tebal di jalan raya dalam keadaan api sedang marak.

Pejabat Gabenor Istanbul melarang masuk ke kawasan hutan hingga akhir Ogos sebagai langkah pencegahan terhadap kebakaran. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts