Lebih 8,000 kanak-kanak Gaza kurang zat

Lebih 8,000 kanak-kanak Gaza di bawah usia lima tahun mengalami kekurangan zat makanan sejak Israel melancarkan serangan dahsyat di wilayah terkepung itu.

Daripada jumlah itu, 28 kanak-kanak maut akibat kebuluran makanan.

Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, sehingga hari ini penduduk Gaza masih belum menerima bantuan mencukupi sehingga menyebabkan mereka kelaparan.

“Bayangkan, hanya dua pusat rawatan untuk pesakit kekurangan zat makanan yang serius boleh beroperasi ketika ini.

“Lebih teruk mereka kekurangan air bersih dan sanitasi, menyebabkan risiko kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak meningkat.

“Sehingga kini terdapat 32 kematian akibat kekurangan zat makanan, termasuk 28 dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia lima tahun,” katanya.

Beliau berkata, sejak perang Gaza, WHO merekodkan 480 serangan ke atas kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan di Tebing Barat.

Situasi itu mengakibatkan 16 kematian dan 95 kecederaan di wilayah Palestin.

“Di Tebing Barat, khususnya di Gaza, satu-satunya jalan penyelesaian ialah kedamaian. Ubat terbaik adalah kedamaian,” katanya. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts