Umat Islam dilarang mencerca kematian seseorang

Kuala Lumpur: Umat Islam dilarang mencerca kematian seseorang, sebaliknya perlu mendoakan kesejahteraan roh si mati.

Pensyarah Fiqh Fatwa Kontemporari, Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff berkata, komen atau kata-kata berbaur hinaan kepada si mati adalah tidak wajar kerana bukan ajaran Islam.

Menurunya, Allah SWT bersifat Maha Pengampun dan Maha Mengasihani maka tiada sesiapa berhak menghukum seseorang walau macam mana pun cara kematiannya.

“Nasihat saya, jangan menghina atau menulis sesuatu boleh mengguris perasaan ahli keluarga sesiapa saja yang meninggal dunia.

    “Ia kerana kematian adalah sesuatu yang tidak diketahui sesiapa kecuali Allah SWT. Jadi tanggungjawab kita adalah menjaga aib orang lain ketika dia masih hidup atau meninggal dunia.

    “Sebaiknya, jaga keharmonian dengan memberi semangat, juga kekuatan kepada ahli keluarga supaya bersabar dengan musibah yang menimpa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

    Katanya, tiada sesiapa pun mengetahui pengakhiran seseorang.

    “Mungkin secara zahir kita katakan mereka banyak melakukan maksiat misalnya.

    “Tapi siapa tahu ketika di saat atau sebelum kematiannya, individu berkenaan sempat bertaubat dan kembali ke jalan benar,” katanya.

    Terdahulu, tular tangkap layar komen dua lelaki yang tergamak meningalkan kata keterlaluan susulan kematian 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pagi semalam.

    Tindakan lelaki terbabit mengundang kemarahan netizen yang menganggap ia keterlaluan dan biadap kerana tidak menjaga sensitiviti ketika keluarga serta rakyat Malaysia yang masih berduka. – My Metro

    www.indahnyaislam.my

    —-—

    Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

    www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

    PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

    Total
    0
    Shares
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *



    Sumbangan
    Related Posts