JAKARTA – Hasrat seorang lelaki untuk mengerjakan umrah tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika sujud menunaikan solat Isyak di Masjid Al-Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan.
Berdasarkan rakaman kamera keselamatan masjid itu, ia menunjukkan lelaki berkenaan, Izhar Wicaksana sedang bersolat bersama jemaah lain.
Ketika itu Izhar dilihat sujud tetapi tidak bangun, sehinggalah semua jemaah lain selesai solat.
Pengurus masjid, Ruftan berkata, beberapa jemaah membantu Izhar yang tidak sedarkan dengan membawanya ke hospital.
“Di hospital, doktor mengesahkan Izhar sudah meninggal dunia,” katanya.
Jelas Ruftan lagi, Izhar bersama keluarganya merancang menunaikan umrah dan sepatutnya mereka berlepas ke Tanah Suci, semalam.
“Izhar berasal dari Bandung dan dia datang ke Tebet untuk berkumpul di rumah saudaranya sebelum berangkat ke Tanah Suci.
“Bagaimanapun, hasrat lelaki itu tidak kesampaian apabila dia terlebih dahulu meninggal dunia,” katanya. – Ismaweb
www.indahnyaislam.my